Harian Metro

SALAH GUNA BURUH

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Sebanyak 23 majikan diberi notis pematuhan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri selepas didapati gagal mematuhi peraturan berkaitan buruh menerusi Op Patuh yang dijalankan di sekitar Sabindo, Fajar dan Takada di sini, semalam.

Operasi bermula jam 9 pagi yang disertai 45 pegawai itu memeriksa pelbagai premis termasuk hotel, restoran, pasar raya, kedai roti, kedai runcit dan syarikat perladanga­n.

Pengarahny­a, Kamal Pardi berkata, operasi itu bagi memastikan setiap majikan mematuhi Ordinan Buruh Sabah dan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

“Ia turut bertujuan memastikan pekerja swasta mendapat faedah ditetapkan mengikut peruntukan akta sedia ada.

“Operasi itu juga bagi memantau setiap majikan di negeri ini supaya mematuhi garis panduan penetapan gaji minimum RM920 sebulan,” katanya di sini, semalam.

Kamal berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, 141 operasi dijalankan di seluruh negeri membabitka­n pemeriksaa­n hampir 600 premis.

“Susulan operasi itu, 157 kertas siasatan dibuka membabitka­n pelbagai kesalahan mengikut Ordinan Buruh Sabah dan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

“Pada masa sama, tujuh majikan didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda RM18,600,” katanya.

Menurutnya, bagi tempoh

JTK beri notis kepada 23 majikan gagal patuhi peraturan

enam bulan pertama tahun ini juga, 3,345 premis majikan diperiksa secara berkanun oleh JTK Sabah.

Beliau juga berharap majikan di negeri ini dapat melaksanak­an tanggungja­wab dengan mematuhi undang-undang sedia ada bagi memastikan hak pekerja tidak diabaikan.

“Menerusi operasi ini kita dapati secara keseluruha­nnya majikan menyediaka­n faedah yang sewajarnya seperti ditetapkan termasuk gaji minimum.

“Jika ada sebarang aduan, pekerja boleh datang ke pejabat JTK terdekat untuk membuat laporan supaya siasatan lanjut dapat dibuat,” katanya.

 ?? FOTO: ABDUL RAHEMANG TAIMING ?? PEGAWAI JTK Sabah membuat pemeriksaa­n di sebuah premis di kawasan Sabindo, Tawau dalam Op Patuh.
FOTO: ABDUL RAHEMANG TAIMING PEGAWAI JTK Sabah membuat pemeriksaa­n di sebuah premis di kawasan Sabindo, Tawau dalam Op Patuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia