Harian Metro

Jangka jerebu di negeri ini BILA LAGI NAK GANTI

- Juzaimie Jazlan cnews@nstp.com.my

Fenomena jerebu dikhuatiri melanda negeri ini berikutan cuaca panas terik sejak lebih seminggu lalu.

Memburukka­n lagi keadaan, musim panas turut melanda Kalimantan

Barat,

Indonesia yang menyebabka­n banyak kebakaran hutan berlaku di wilayah negara jiran itu.

Statistik laporan harian Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisika Indonesia melaporkan sehingga petang kelmarin, sebanyak 194 titik panas dikesan di Kalimantan Barat.

Daripada jumlah itu, 69 adalah titik panas tahap tertinggi, manakala 47 lagi sederhana dan selebihnya tidak serius.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, sejak Ahad lalu hingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 112 kes kebakaran belukar, hutan dan kawasan tanah gambut dilaporkan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, kebakaran tanah gambut paling serius berlaku di Ladang

Kelapa Sawit Tabung Haji di Simunjan apabila api merebak di kawasan seluas lebih 10 hektar, manakala kawasan lain membabitka­n kawasan kurang dari 1.5 hektar.

“Hari ini (semalam), kami juga hantar satu pasukan untuk meninjau titik panas yang dikesan di Meludam dalam Bahagian Betong,” katanya.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau di sini, berdepan masalah kekurangan kelas hingga memaksa pengurusan sekolah menggunaka­n bangunan kayu yang usang dan makmal komputer sebagai tempat pembelajar­an.

Masalah itu membabitka­n 54 murid tahun dua yang kini ditempatka­n di bangunan kayu usang bekas kantin sekolah, selain 32 murid tahun empat yang ditempatka­n di bekas makmal komputer sekolah berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Takrin Abdullah berkata, bangunan kayu bekas kantin sekolah berkenaan dijadikan kelas sejak 2012 atas inisiatif guru.

Menurutnya, seramai 54 pelajar tahun dua sekolah itu bukan saja perlu bersesak dalam kelas yang tidak selesa, malah berdepan risiko tangga licin ketika hujan selain ancaman binatang berbisa seperti ular dan lipan kerana kedudukann­ya bersebelah­an kawasan hutan.

“Ia adalah kantin lama sekolah tetapi disebabkan kelas tidak mencukupi, pihak pengurusan sekolah mengubah suai kantin itu dengan memasang dinding di tengah bangunan bagi menjadikan­nya kepada dua kelas untuk murid tahun dua.

“Sebelum ini, beberapa kali hidupan liar seperti babi hutan masuk ke kawasan kantin berkenaan dan lebih membimbang­kan murid yang belajar di kelas terbabit terdedah kepada ancaman binatang berbisa seperti ular dan lipan,” katanya.

Menurutnya, murid tahun empat yang belajar dalam bekas bilik makmal komputer sejak 2014 pula berdepan risiko renjatan elektrik, selain menggunaka­n meja dan kerusi yang tidak selesa kerana banyak patah selain ada lantai yang reput.

Katanya, pusat sumber sekolah pula panas kerana tiada penyaman udara, malah gelap kerana banyak lampu tidak berfungsi, selain kekurangan kemudahan pembelajar­an tambahan seperti komputer.

Seorang murid tahun empat, Miza Juhaidah Kamsah, 10, berkata, sesi pembelajar­an setiap hari tidak selesa kerana menggunaka­n kerusi rosak, selain suasana bilik darjah yang panas.

Katanya, mereka berharap dapat belajar dalam suasana yang selesa seperti dinikmati murid di sekolah lain.

Penolong Kanan 1 sekolah berkenaan, Norsin Gapar berkata, SK Sukau antara sekolah menjadi pilihan ibu bapa untuk anak mereka mendapatka­n pendidikan.

“Sekolah ini juga menjadi tumpuan lawatan pelancong untuk melihat sistem pendidikan negara kita, selain memenuhi kajian mereka berkaitan pendidikan, jadi amat penting sekolah ini dinaik taraf agar usaha menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pelanconga­n tercapai,” katanya.

„ 54 murid SK Sukau guna bangunan kayu usang untuk belajar sejak 2012

 ??  ?? GURU mengadakan kelas bersama murid di bangunan kayu usang.
GURU mengadakan kelas bersama murid di bangunan kayu usang.
 ??  ??
 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia