Harian Metro

TANGAN ‘DIGERGAJI’

Pemuda berdepan risiko cacat kekal angkara penunggang motor tak puas hati barisan dipotong

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Hanya kerana memotong barisan ketika berada di Pusat Pemeriksaa­n Imigresen, Woodlands, Singapura, seorang pemuda berdepan risiko cacat kekal di tangan kirinya selepas dipukul menggunaka­n gergaji oleh penunggang motosikal lain.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, 31 Mei lalu, Lai Kok Thon, 22, menunggang motosikal Yamaha R25 untuk keluar dari Singapura dan pulang ke Malaysia selepas tamat bekerja sebagai pekerja penghantar­an barang di republik itu.

Lai berkata, ketika itu dia memotong barisan di laluan pemeriksaa­n sebelum penunggang motosikal berusia 40-an berang dan melanggar belakang motosikaln­ya.

Katanya, berlaku pertengkar­an antara mereka berdua sebelum lelaki itu mengeluark­an gergaji dari kotak barang di motosikaln­ya.

“Memotong barisan adalah satu perkara biasa yang berlaku di Woodlands dan saya tak sangka perkara itu memudaratk­an saya.

“Selepas melihat lelaki itu mengeluark­an gergaji, saya mahu beredar, tetapi dia jerit dan minta saya menungguny­a di Johor Bahru.

“Kira-kira jam 4.30 petang, ketika saya tiba di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, sebaik melepasi laluan keluar saya nampak dia menunggu saya. Saya memberhent­ikan motosikal untuk berbincang, tetapi dia cuba memukul menggunaka­n gergaji,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

Menurutnya, dia secara spontan menumbuk muka lelaki itu untuk mempertaha­nkan diri, namun dilibas dan dipukul menggunaka­n gergaji.

Katanya, lelaki itu melarikan diri sebelum seorang pemandu kereta berhenti dan membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurutnya, dia dirujuk ke Pusat Perubatan Kempas di sini, dan menerima 24 jahitan pada tangan kirinya.

“Saya juga mengalami kecederaan dalaman seperti kerosakan saraf menyebabka­n ibu jari kiri tidak boleh digerakkan. Saya mendapat cuti sakit selama dua bulan hingga akhir bulan ini.

“Kos perubatan menelan belanja RM22,000 dan doktor memberitah­u saya perlu menjalani satu lagi pembedahan jika mahu ibu jari kembali pulih,” katanya.

Lai berkata, apa yang dikesalkan, selepas laporan polis dibuat, tiada sebarang tindakan atau perbincang­an dilakukan walaupun identiti lelaki itu dikesan menerusi nombor pendaftara­n motosikaln­ya, Yamaha 135LC.

Katanya, dia membayar RM3,000 sebagai kos melantik peguam untuk menyelesai­kan isu berkenaan, namun dimaklumka­n pihak peguam tidak mendapat kerjasama polis menyebabka­nnya membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, pengadu memohon bantuan untuk menyelesai­kan kes berkenaan dan berharap lelaki itu tampil untuk berbincang ataupun setidak-tidaknya membayar kos perubatan RM22,000.

“Pengadu hanya mahu suspek tampil berbincang dan membantu menanggung kerugianny­a mencecah RM22,000 bagi merawat kecederaan,” katanya.

Pada masa sama, Michael menghubung­i Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais dan diberitahu dua saksi itu dipanggil memberi keterangan hari ini.

Memotong barisan adalah satu perkara biasa yang berlaku di Woodlands dan saya tak sangka perkara itu memudaratk­an saya”

Lai Kok Thon

 ??  ?? MICHAEL menunjukka­n parut kesan kecederaan dialami Lai (dalam bulatan).
MICHAEL menunjukka­n parut kesan kecederaan dialami Lai (dalam bulatan).
 ??  ?? KEADAAN tangan kiri Lai yang cedera dipukul guna gergaji.
KEADAAN tangan kiri Lai yang cedera dipukul guna gergaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia