Harian Metro

REDA NAWFAL PERGI

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

 Budak cedera di rumah pengasuh hembus nafas terakhir disisi ibu

Muar

“Walaupun masih ralat dengan kejadian yang menimpa Nawfal Amsyar, tetapi saya reda serta terima qada dan qadar, kalau itu jalan yang ditetapkan Allah,” kata Nabil Fikri Anwar, 28.

Selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas retak tempurung kepala dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuh, kematian bayi berusia 10 bulan itu disahkan pakar perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Nabil berkata, bayinya itu menghembus­kan nafas terakhir di sisinya dan isteri Nuraziqah Rohmat, 23, di Wad 17 Perubatan Paramedik HPSF.

“Saya terimanya sebagai qada dan qadar serta reda dengan pemergiann­ya. Saya pun sebelum ini memang mengikut prosedur hospital dalam usaha menyelamat­kan anak saya dan sudah dimaklumka­n setiap prosedur ada risiko tertentu. Saya terima kesudahann­ya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HPSF di sini, semalam.

Walaupun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, Nabil Fikri berkata, dia tetap mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap anaknya.

“Saya cuma nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sekarang ini saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti hasil bedah siasat sama ada sebab kecuaian atau sebaliknya.

“Kalau rekod perubatan menunjukka­n sebaliknya, itu pihak berkuasa yang akan tentukan dan jalankan siasatan.

“Saya pun tidak tuduh atau tuding jari kepada mana-mana pihak

(termasuk pengasuh) tapi saya akan berikan kerjasama untuk keadilan anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan isterinya, dia memaklumka­n walaupun sangat sedih, Nuraziqah reda dengan ketentuan Ilahi.

“Isteri sangat sedih, namun dia pun reda. Saya sebagai suami dan ahli keluarga yang lain banyak memberi sokongan kepadanya.

“Sebagai bapa, rasa ralat itu tetap ada. Saya dan isteri yang uruskan dia selama 10 bulan dari lahir ,” katanya.

Nabil Fikri berkata, jenazah dibawa ke Surau Rumah Pangsa Jalan Ong Siong, Tangkak, sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit

Kontang, Tangkak.

Selasa lalu, bayi malang berkenaan dimasukkan ke HPSF selepas dirujuk dari Hospital Tangkak apabila pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.

Bayi itu dipercayai terjatuh dari buaian sebanyak dua kali ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.

Susulan itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh Nawfal ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Tangkak Superinten­dan Mohad

Idris Samsuri ketika dihubungi berkata, polis menjalanka­n siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca kematian bayi terbabit.

“Kami masih menjalanka­n siasatan dan pada masa sama, menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mayat bayi itu,” katanya.

 ??  ?? AHLI keluarga Nabil tiba selepas kematian Nawfal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
NABIL
NAWFAL
AHLI keluarga Nabil tiba selepas kematian Nawfal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. NABIL NAWFAL
 ??  ?? Kami masih menjalanka­n siasatan dan pada masa sama, menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mayat bayi itu”
Kami masih menjalanka­n siasatan dan pada masa sama, menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mayat bayi itu”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia