Harian Metro

Polis masih tunggu laporan bedah siasat

-

Muar: Polis masih menunggu laporan bedah siasat punca kematian seorang bayi, Nawfal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan, dan pada masa sama mengumpul pelbagai bukti baru.

Ketua Polis Daerah

Tangkak Superinten­dan Mohad Idris Samsuri ketika dihubungi berkata, polis menjalanka­n siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca kematian bayi terbabit.

“Kami masih menjalanka­n siasatan dan pada masa sama, menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mayat bayi itu.

“Sehingga kini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sepasukan polis dilihat ke rumah pengasuh bayi terbabit di Taman Sialang, Tangkak, kira-kira jam 3 petang semalam, dipercayai untuk menjalanka­n siasatan susulan.

Bagaimanap­un, pasukan berkenaan enggan memberikan sebarang kenyataan bagi mengelak mengganggu siasatan dan berharap orang ramai memberikan masa kepada polis menjalanka­n siasatan tanpa membuat sebarang andaian.

Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF selepas dirujuk daripada Hospital Tangkak apabila pemeriksaa­n mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.

Bayi itu dipercayai terjatuh daripada buaian sebanyak dua kali ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia