Harian Metro

DUKA 7 OGOS

- Shahrul Nizam Mohamad news@nstp.com.my

Warga emas bakal tunai haji bulan depan maut dirempuh treler

Hasrat seorang peneroka menunaikan haji bersama isterinya tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal ditunggang­nya dilanggar treler tanpa muatan di Jalan Bandar Jengka, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Jamaluddin Abu Daud, 60, dari FELDA Melor Jengka 12 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 7 Ogos depan, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan hendak pulang ke rumah selepas mengeluark­an sejumlah wang di sebuah bank.

Saksi dikenali sebagai Amir, 33, berkata ketika kejadian dia melihat mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave seorang diri dan keluar simpang tiga Jalan Bandar Jengka dengan membelok ke kanan.

“Pada masa sama, sebuah treler yang datang dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka bagi bedah siasat sebelum dituntut keluargany­a.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superinten­den Norzamri Abd Rahman berkata, sampel darah dan air kencing pemandu treler diambil untuk ujian manakala kenderaann­ya pula dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) bagi pemeriksaa­n lanjut.

“Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan

 ?? Norzamri Abd Rahman ?? TRELER yang melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Bandar Jengka, semalam.
Sampel darah dan air kencing pemandu treler diambil untuk ujian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987” AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak di samping mayat mangsa.
Norzamri Abd Rahman TRELER yang melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Bandar Jengka, semalam. Sampel darah dan air kencing pemandu treler diambil untuk ujian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987” AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak di samping mayat mangsa.
 ??  ?? JAMALUDDIN
JAMALUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia