Harian Metro

JELAJAH DAKWAH

- Cnews@nstp.com.my

Sebuah keluarga giat menjalanka­n usaha berdakwah ke lebih sepuluh lokasi dalam negara tanpa menghirauk­an pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi.

Mohammad Hakimi Abdul Mutalib, 31, bersama isteri, Nurul Atiqah Nazaruddin, 30, dan anak mereka, As Sayyidah Sumayyah yang baru berusia setahun sudah menjelajah ke Perak, Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak untuk berdakwah.

Bagi keluarga ini, berdakwah secara keluarga mendapat lebih perhatian dan keyakinan orang ramai termasuk Orang Asli dan pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman.

“Hidayah itu milik Allah. Meskipun ramai yang menyatakan rasa senang dan gembira dengan kehadiran kami sekeluarga ke kampung mereka, tetapi tidak semestinya mereka mahu memeluk Islam.

“Saya tidak berputus asa walaupun usaha berdakwah sejak 2014 hingga kini hanya berjaya mengislamk­an tidak sampai 20 orang manakala isteri hanya seorang kerana saya yakin hidayah itu milik Allah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohammad Hakimi berasal dari Kampung Kerunai, di sini, manakala isterinya dari Rawang, Selangor menghadiri program dakwah sekurang-kurangnya lima kali sebulan.

Terbaru, dia bersama isteri dan anak berdakwah ke perkampung­an Orang Asli Kampung Sungai Kucing, Ulu Tembeling, Pahang dengan menaiki bot dari Jerantut selama lima jam termasuk terpaksa menolak bot yang dinaiki mereka kerana air cetek.

Menurutnya, dia sudah ke perkampung­an itu lebih lima kali disebabkan penduduk di situ masih kurang pengetahua­n agama termasuk tidak tahu cara mengerjaka­n solat, membaca al-Quran dan bersuci.

“Kami tiga beranak sudah mesra dengan penduduk di situ dan sayangkan akidah mereka yang masih rapuh serta dikhuatiri akan balik ke pegangan asal mereka atau tiada pegangan agama.

“Justeru, kami berulang ke perkampung­an berkenaan dengan memberi pengetahua­n agama, mengajar cara bersolat, bersuci dan mengajar al-Quran. Alhamdulil­lah, kini hampir semua mereka menyambut baik kedatangan kami itu,” katanya.

Mohammad Hakimi memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Nurul Atiqah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dia pada mulanya belajar berdakwah daripada gurunya, Mohd Fadli Yusof serta turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Mohammad Hakimi yang kini menyampaik­an dakwah melalui Kembara Syahadah Resources berkata, antara cabaran lain yang perlu dihadapi ialah kekurangan dana untuk bergerak lebih aktif terutama ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, hampir RM10,000 sebulan diperlukan untuk menjalanka­n misi dakwah termasuk bagi membawa barangan keperluan untuk diagihkan kepada masyarakat di lokasi berkenaan dan berharap sumbangan orang ramai dalam bersama-sama melaksanak­an usaha dakwah.

 Sekeluarga ke lebih sepuluh lokasi tanpa hirau cabaran, dugaan kembang agama Islam

 ??  ?? MOHAMMAD Hakimi bersama Nurul Atiqah dan As Sayyidah Sumayyah menaiki bot untuk berdakwah di Ulu Tembeling, Pahang.
MOHAMMAD Hakimi bersama Nurul Atiqah dan As Sayyidah Sumayyah menaiki bot untuk berdakwah di Ulu Tembeling, Pahang.
 ??  ?? MOHAMMAD Hakimi memberi penerangan mengenai
misi dakwahnya kepada penduduk Orang Asli.
MOHAMMAD Hakimi memberi penerangan mengenai misi dakwahnya kepada penduduk Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia