Harian Metro

BIL RM3.5J SUDAH DIBAYAR

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Pusat beli-belah 1Borneo kembali jadi nyaman untuk pelanggan berbelanja

Pengusaha premis perniagaan di 1Borneo di sini, menarik nafas lega apabila penyaman udara kembali beroperasi seperti biasa di pusat beli-belah itu.

Ia susulan usaha pihak pengurusan pusat beli-belah itu membayar sebahagian tunggakan bil utiliti RM3.5 juta kepada Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), kelmarin.

Tinjauan mendapati keseluruha­n premis perniagaan, sama ada kedai mahupun gerai di pusat beli-belah itu, tidak lagi menggunaka­n kipas di premis masing-masing.

Peniaga restoran, Zulfaizal Joumi, 31, berkata, beliau gembira kerana tidak perlu berpanas dan menggunaka­n kipas ketika berniaga berikutan ketiadaan bekalan elektrik untuk penyaman udara.

“Walaupun restoran masih menerima kunjungan pelanggan seperti biasa sebelum ini, saya bimbang melihat pelanggan kurang selesa kerana panas.

“Saya berharap pihak pengurusan dapat menyelesai­kan masalah berkaitan bil utiliti ini secepat mungkin bagi mengelakka­n pemotongan bekalan elektrik di masa akan datang,” katanya.

Pelan penyelesai­an RM3.5 juta dibuat selepas Persatuan Pemilik Kedai 1Borneo (1BOSA) membantu menampung tunggakan bil utiliti berjumlah RM9.3 juta yang ditanggung 1Borneo Management Corporatio­n (1BMC) sebagai pengendali pusat beli-belah itu.

Pada 11 Julai lalu, SESB memotong bekalan elektrik pusat beli-belah itu selepas pihak pengurusan gagal menyelesai­kan bil utiliti, walaupun beberapa surat amaran diberikan.

Bagaimanap­un, bekalan elektrik yang dipotong hanya membabitka­n sistem penyaman udara, manakala lampu di kawasan itu masih berfungsi.

Sementara itu, 1BMC dalam kenyataann­ya, memaklumka­n bekalan elektrik bagi sistem penyaman udara dipulihkan dan operasi 1Borneo kembali seperti biasa.

1BMC berterima kasih kepada pihak yang berusaha keras mengadakan rundingan bersama SESB untuk membincang­kan penyelesai­an menangani masalah dihadapi pengurusan pusat beli-belah itu.

Dalam pada itu, 1BMC menghargai semua pemilik kedai, penyewa dan kakitangan 1BMC yang banyak membantu sepanjang permasalah­an terbabit timbul.

 ??  ?? PREMIS perniagaan terang disinari lampu selepas bekalan elektrik disambung semula. PENIAGA kini selesa ada penyaman udara.
PREMIS perniagaan terang disinari lampu selepas bekalan elektrik disambung semula. PENIAGA kini selesa ada penyaman udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia