Harian Metro

USAH KAIT MEMEN

- Georgie Joseph cnews@nstp.com.my

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar terkilan dengan sikap segelintir netizen mengaitkan allahyarha­m anaknya Memen atau Rezaimin Keifli yang meninggal dunia pada 2014 dengan video tarian

yang dilakukann­ya bersama dua anggota Elite iaitu Azza dan Shasha, kelmarin.

Linda, 40, dia sangat kecewa apabila nama Memen yang tiada kena-mengena dikaitkan dengan video berkenaan selain meninggalk­an komen kurang ajar.

“Saya mendapat tahu perkara itu daripada kakak apabila ada netizen tiba-tiba kaitkan nama arwah Memen. Mereka mempersoal­kan kenapa saya tergedik-gedik dalam video itu dan tak sesuai dengan keadaan saya yang kematian anak.

“Memang sedih sangat apabila ada yang sanggup berkata sedemikian dan mengaitkan­nya. Bukannya saya berseronok

tak ingat dunia dan membuat video itu beberapa hari selepas anak meninggal dunia.

“Bagaimanap­un, saya reda dan biarkan saja mereka mengata. Semoga mereka diberikan keberkatan dan kembali ke pangkal jalan untuk menjadi individu yang lebih baik,” katanya.

Menurut Linda, video berkenaan dibuat sekadar suka-suka dan didedikasi­kan kepada peminat Elite.

Katanya, mereka membuat cabaran itu sebagaiman­a artis serta orang lain dan tidak sangka ada yang tidak berpuas-hati.

“Kalau baca komen, ada yang mengutuk dan mempersoal­kan kenapa perlu tergedik-gedik kerana kami sudah berusia. Bukannya kami buat aksi melampau pun dan gerak-geri pun kaku saja.

“Untuk pengetahua­n, idea itu datang spontan sewaktu kami buat perjumpaan untuk membincang­kan projek khas Elite akan datang. Lantas, kami pun rakam video itu untuk melihat sejauh mana reaksi peminat kami.

“Apapun, kami gembira apabila ramai peminat rupanya masih mengikuti serta merindui kami. Selepas video itu dikongsi, jumlah pengikut di Instagram juga bertambah,” katanya.

Linda Rafar kecewa komen netizen terhadap video tarian Keke Challenge

 ??  ?? SYAFIQ
SYAFIQ
 ??  ?? VIDEO aksi Linda bersama dua anggota Elite.
VIDEO aksi Linda bersama dua anggota Elite.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia