Harian Metro

Mohon permit dalam talian SAYA BUKAN ORANG ASING BAKTI CALON PEN

-

Permohonan permit ceramah pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kini boleh dibuat menerusi dalam talian.

Kaedah yang julung kali diperkenal­kan bermula semalam itu bagaimanap­un hanya boleh dimohon oleh calon atau ejen calon yang bertanding.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kaedah menerusi e-mel itu bertujuan memudahkan proses permohonan permit ceramah berkenaan.

“Bagi pilihan raya sebelum ini, mana-mana calon yang mahu berceramah perlu datang ke balai polis untuk mengisi borang secara manual.

“Kini kaedah dalam talian diperkenal­kan bagi memudahkan proses berkenaan yang turut menjimatka­n masa.

“Namun, syarat utama permohonan itu hanya boleh dilakukan oleh calon bertanding atau ejen calon itu,” katanya.

Shah Alam

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, dirinya bukan orang asing dalam kalangan masyarakat di kawasan itu.

Lokman berkata, ketika memegang jawatan Ahli Majlis Kepemimpin­an Tertinggi PKR dahulu, beliau aktif menggerakk­an sentimen reformasi dalam kalangan masyarakat di Sungai Kandis, yang sebelum ini dikenali sebagai Sri Muda.

“Jadi tidak timbul isu saya orang luar dan tidak sepatutnya bertanding di

DUN ini.

Memang benar saya bukan orang tempatan, tetapi ia bukan isu yang perlu diperbesar­kan.

“Jika kita lihat pemimpin lain seperti Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah) bertanding di Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Begitu juga dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang pernah bertanding di Permatang Pauh.

“Ahli Parlimen Kota Raja (Mohamad Sabu) juga bukan orang tempatan. Jadi, buat apa hendak dijadikan isu,” katanya ditemui selepas menyerahka­n borang pencalonan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19, di sini semalam.

Lokman berkata, beliau akan membangkit­kan isu nasional sepanjang 14 hari kempen PRK

Sungai Kandis.

“Isu janji PRU14 yang masih belum dilaksanak­an Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan kita bangkitkan sepanjang kempen.

“Begitu juga dengan isu agama Islam yang digadaikan, penghinaan terhadap Raja Melayu serta nasib Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang semakin hilang di bumi Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui BN sukar untuk memenangi kerusi DUN itu kerana ia kubu kuat PKR.

“Jika BN dapat tambahan undi yang diperoleh pada PRU14 pun sudah dikira kemenangan moral kepada BN,” katanya.

 Lokman sangkal dakwaan orang luar  Murthy percaya pengalaman 34 tahun boleh manfaat rakyat

Shah Alam

Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil

(PRK) Sungai Kandis berharap diberikan peluang berkhidmat dengan kerajaan sekali lagi.

K Murthy, 60, yang juga seorang pesara kerajaan berkata, beliau mahu terus berkhidmat kepada kerajaan Selangor dan kali ini melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai wakil rakyat, berikutan beliau percaya pengalaman­nya selama 34 tahun itu boleh dimanfaatk­an rakyat.

“Saya mahu mencipta sejarah seperti Dr Mahathir. Dr Mahathir diberikan peluang untuk menerajui negara dua kali. Justeru, saya melihat ini sebagai peluang kedua saya untuk berkhidmat kepada Selangor dan ini boleh dilakukan jika pengundi Sungai Kandis memilih saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai calon pada pertembung­an tiga penjuru PRK Sungai Kandis, semalam.

Murthy yang memilih logo pen akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Bapa kepada empat anak yang berasal dari Klang berkata, beliau bukan bertanding kerana PAS tidak meletakkan calon.

Katanya, beliau tidak melihat ia sebagai masalah walaupun beliau masih baru di Sungai Kandis, kerana ia tidak jauh dari tempat tinggalnya di Klang.

“Saya membuat keputusan untuk bertanding selepas menerima wahyu dari Tuhan. Hanya semalam baru saya membuat keputusan.

“Oleh itu, saya letakkan kepada Tuhan (sama ada akan menang atau sebaliknya). Pengundi akan memberitah­u jika mereka menerima saya dan saya akan buktikan melalui ceramah saya,” katanya.

 ?? Murthy
Lokman ?? Saya mahu mencipta sejarah seperti Dr Mahathir. Dr Mahathir diberikan peluang untuk menerajui negara dua kali” Isu janji PRU14 yang masih belum dilaksanak­an Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan kita bangkitkan sepanjang kempen”
Murthy Lokman Saya mahu mencipta sejarah seperti Dr Mahathir. Dr Mahathir diberikan peluang untuk menerajui negara dua kali” Isu janji PRU14 yang masih belum dilaksanak­an Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan kita bangkitkan sepanjang kempen”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia