Harian Metro

SELESAI ISU PRASARANA

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Sungai Kandis

Keluasan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Sungai Kandis selepas persempada­nan semula awal tahun ini berkemungk­inan memberi cabaran kepada Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagi meraih banyak undi.

Mohd Zawawi berkata, mood pengundi juga satu lagi perkara penting yang perlu dilihat dalam menentukan sokongan orang ramai terhadap

PKR.

“Kami berhadapan pertembung­an tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil

 Mohd Zawawi mahu tangani masalah

utama babit penduduk Sungai Kandis

(PRK) ini. Saya tidak tahu tahap penerimaan dalam kalangan orang ramai (terhadap Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas).

“Bagaimanap­un, berdasarka­n kepada apa yang kami lihat di peringkat bawah, rakyat lebih cenderung terhadap Pakatan Harapan (PH). Saya harap rakyat akan (melaksanak­an hak mereka untuk) memilih dan keluar mengundi 4 Ogos nanti.

“Undilah saya. Ada banyak program yang kami rancang sehingga kini, yang akan dilaksanak­an (sekiranya PKR terus menang di situ),” katanya kepada media selepas selesai menyerahka­n borang pencalonan­nya untuk PRK Sungai Kandis, semalam.

Ditanya isu bakal ditangani, Mohd Zawawi berkata, isu infrastruk­tur masalah utama di Sungai Kandis.

“Isu yang kami sering dengar daripada penduduk di sini membabitka­n mutu penyelengg­araan sampah, banjir dan banyak lagi. Ini isu yang kami mahu selesaikan.

“Kami mempunyai banyak strategi dirancang untuk mendekati penduduk dengan lebih baik, seperti yang dilihat pada PRU-14. Kami merancang melawat mereka di luar bandar dan di kawasan bandar selain bercakap di rumah ibadat kerana ia dikunjungi ramai

orang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia