Harian Metro

BUAT BELANJA CUCU SEKOLAH

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Nenek lumpuh bersyukur terima bantuan

“Wang bantuan diberikan ini akan saya gunakan untuk belanja sekolah tiga cucu yang menjadi yatim piatu selepas kematian kedua ibu bapa mereka manakala barangan keperluan asas diterima dapatlah digunakan untuk beberapa bulan.

“Pergerakan saya terbatas selepas lumpuh akibat angin ahmar setahun lalu namun keadaan kini semakin pulih walaupun masih sukar untuk bergerak ,” kata Salbiah Shaari, 67.

Salbiah adalah seorang daripada penerima bantuan di Kampung Belakang Pekan Kuak, di sini, sempena Titipan Kasih Harian Metro Bulanan dianjurkan Harian Metro, kelmarin.

Selain menerima pelbagai barangan keperluan harian antaranya beras, gula dan minyak masak, Harian Metro turut menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan.

Sumbangan disampaika­n Pengarang Eksekutif, Projek Khas NSTP, Othman Mamat.

Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi, Ketua Biro NSTP Perak, Jalal Ali Mohd Abdul Rahim, Penghulu Mukim Lenggong, Noor Adzahar Mohd Yunus dan Penghulu Mukim Durian Pipit, Mohd Rizal Nordin.

Salbiah berkata, walaupun menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membiayai keperluan harian serta cucunya memandangk­an ketiga-tiga mereka masih bersekolah.

“Saya tiada sumber pendapatan lain dan bergantung harap dengan bantuan diberikan Baitulmal, mujurlah kos perubatan saya ditanggung kerajaan termasuk ubat-ubatan yang diambil di Klinik Kesihatan Lenggong.

“Rumah yang saya duduki ini juga adalah rumah pusaka bapa dan tidak mempunyai wang untuk mengubahsu­ainya,” katanya yang kematian suami sejak tiga tahun lalu.

 ??  ?? OTHMAN (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai kepada Salbiah (tiga dari kiri) di Kampung Belakang Pekan Kuak, Lenggong. Turut sama, Wan Abdillah (dua dari kanan) dan Mohd Rizal (kanan).
OTHMAN (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai kepada Salbiah (tiga dari kiri) di Kampung Belakang Pekan Kuak, Lenggong. Turut sama, Wan Abdillah (dua dari kanan) dan Mohd Rizal (kanan).
 ??  ?? SUKARELAWA­N mengangkat barangan sumbangan di Kampung Belakang Pekan Kuak, Lenggong.
SUKARELAWA­N mengangkat barangan sumbangan di Kampung Belakang Pekan Kuak, Lenggong.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia