Harian Metro

‘Raudhah’ laris RM87 sehelai di pasaran

-

makam Rasulullah dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah.

Raudhah antara tempat doa dimakbulka­n. Mengikut sejarah, ia salah satu tempat Rasulullah

SAW dan sahabat sering beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.

Sebab itulah, ramai yang sanggup bersusah payah dan ada juga yang menjadi mangsa tolak-menolak untuk masuk ke dalam Raudhah.

Bagi Muslimat pula, cabaran mereka lebih getir kerana Raudhah hanya dibuka pada waktu tertentu saja untuk orang perempuan, menyebabka­n ramai y ang terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat masuk ke situ.

Tapi, jangan terkejut jika saya katakan pada masa ini sesiapa saja boleh masuk ke ‘Raudhah’ dan

‘Raudhah’ juga kini ada di mana-mana, malah amat laris di pasaran.

Semuanya gara-gara kemunculan sejadah dengan corak dan warnanya sama dengan karpet yang terhampar di dalam Raudhah.

Ada juga sejadah berwarna merah yang coraknya sama dengan karpet di ruang lain di dalam Masjid Nabawi.

Pastinya, sejadah yang berwarna hijau lebih laris daripada sejadah yang berwarna merah.

Harganya pula berbeza-beza mengikut syarikat pengeluar, ada yang 120 Riyal (RM130) dan ada yang 80 Riyal (RM87) dan 70 Riyal (RM76) sehelai.

Kalau nak yang dikategori­kan atau asli, sejadah Raudhah itu berharga 120 Riyal dan boleh dibeli di mana-mana rangkaian kedai Madinah Gift Center, termasuk yang terletak di kiri dan kanan pintu pagar nombor 20 Masjid Nabawi.

Di kedai-kedai biasa pula, harga yang dibuka memang 120 Riyal, tetapi boleh ditawar sehingga 80 Riyal manakala sejadah Raudhah berharga 70 Riyal pula dikatakan kurang berkualiti atau palsu.

Maka, berduyun-duyunlah saya lihat jemaah haji dari Malaysia membeli dan memborong sejadah Raudhah ini.

Bukan sekadar sejadah, ada juga yang membeli karpet dengan warna dan corak Raudhah yang harganya mencecah 250 Riyal (RM270).

Sejadah dan karpet bercorak Raudhah itu dianggap cenderamat­a atau buah tangan paling istimewa dari Madinah, selain kurma.

Difahamkan, sejadah Raudhah ini menjadi produk komersial sejak 2016, tapi tahun ini ia tampil dengan wajah baru yang lebih asli.

Saya juga tidak ketinggala­n membeli sejadah Raudhah ini. Tak banyak, dua helai saja. Sebelum membelinya, lama saya bermuhasab­ah dan mengingatk­an diri saya sendiri.

Apa guna ada sejadah Raudhah kalau tak solat. Solat atas sejadah Raudhah bukan jaminan doa saya gerenti dimakbulka­n Allah dan bukan juga jaminan saya mudah masuk syurga.

Ia sekadar cenderamat­a... mudah-mudahan setiap kali solat di atas sejadah Raudhah itu saya dapat merasai semula nikmatnya ketika berkesempa­tan menunaikan solat dan berdoa di dalam Raudhah di Masid Nabawi.

Cukup dulu untuk kali ini. Kita jumpa lagi minggu depan dengan cerita pasal Makkah pula...insya-Allah.

 ??  ?? REKAAN terbaru sejadah ‘Raudhah’ yang laris.
REKAAN terbaru sejadah ‘Raudhah’ yang laris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia