Harian Metro

Syura Bedah bibir ke?

-

Sedang asyik membelek dan membaca surat khabar, Cik Pang terlihat foto penyanyi jelita berbakat besar Syura Badron.

Lain macam sungguh penampilan Syura kini hinggakan ramai yang tak cam disebabkan kelihatan lebih langsing dan cengkung.

Teman Cik Pang yang kebetulan ada bersama turut terkejut dengan penampilan Syura.

Tapi semakin dibelek wajah penyanyi itu, Cik Pang terkejut dengan perubahan bibir penyanyi bersuara lunak itu.

Teman Cik Pang mendakwa dia berpendapa­t penyanyi itu ada melakukan pembedahan bibir. Ia kerana fizikal bibir penyanyi itu sangat berbeza berbanding sebelum ini.

Katanya, nak dikatakan berpunca daripada proses kurus yang dilaluinya kini atau kesan khas solekan, agak mustahil.

Cik Pang tidak mahulah cakap lebih-lebih, bimbang nanti timbul isu lain pula.

Mungkin perubahan itu betul-betul sebab diet? Manalah tahu kan?

Apa pun, lebih baik dengar daripada mulut tuan punya badan sendiri. Manalah tahu Syura ada tip untuk munggilkan bibir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia