Harian Metro

Pelakon telinga ‘capang’ tak bayar hutang

-

Benarlah orang kata, sebab duit kawan boleh jadi lawan, rumah tangga berantakan, adik-beradik pun boleh bermasam muka.

Samalah dengan cerita yang Cik Pang dengar daripada seorang bekas pengurus artis yang naik muak dengan sikap pelakon lelaki tinggi lampai bertelinga ‘capang’ masih berhutang dengannya sejak setahun lalu.

Pengurus kecil molek itu mendakwa, pelakon yang mulai popular melalui sebuah drama rantaian remaja beberapa tahun lalu masih berhutang RM600.

Duit itu adalah upah yang sudah dijanjikan selepas dia mengurus kerjaya si artis untuk beberapa projek berkaitan sebelum ini.

Walaupun duit itu tidaklah mencecah ribuan ringgit, hutang tetap hutang, kan?

Lebih membuatkan hati panas, si pelakon asyik beri pelbagai alasan kononnya dia berdepan masalah kewangan, baru pindah rumah, kereta rosak dan macam-macam lagi.

Padahal di laman sosial pelakon itu kerap bermegah mengenai kejayaan produknya yang laris di pasaran.

Ikutkan si pengurus sudah lebih lapan bulan berdiam diri dengan harapan si artis akan sedar tapi selepas mula bersuara menuntut hutang barubaru ini, lain pula jadinya.

Dengarnya pengurus itu menghantar WhatsApp mengandung­i petikan hadis dan ayat al-Quran berkaitan hutang hampir setiap hari.

Agak-agaknya, ‘terbakar’ tak pelakon itu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia