Harian Metro

Azizul tak patah semangat

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Bina nama di Indonesia selepas peminat

terima genre Irama

Malaysia

Walaupun di Malaysia namanya tidak sehebat penyanyi lain, Azizul Haqim bersyukur kerana bakatnya mula diterima baik di negara jiran, Indonesia.

Itulah rezeki yang tertulis selepas menjadi peserta Top 5 program realiti D’Academy Asia 3 (DAA3) yang berlangsun­g tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, peluang saya lebih banyak di Indonesia. Namun, itu tidak bermakna saya mengabaika­n negara sendiri kerana di sini pun masih ada yang menghargai bakat saya,” katanya.

Menurut penyanyi tradisiona­l berusia 30 tahun itu, pencinta muzik di Indonesia terbuka menerima genre Irama Malaysia dan tradisiona­l Melayu.

“Penerimaan mereka sangat baik walaupun genre ini dari Malaysia. Di sini meski ada yang yang menghargai genre ini, namun mungkin sekarang bukan masanya.

“Apapun, saya yakin genre ini akan kembali mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air,” katanya.

Azizul turut berkongsi dia menerima tawaran daripada label muzik Indonesia untuk merakamkan album di sana.

“Perkara itu masih dalam perbincang­an dan belum ada kata putus.

“Daripada apa yang diberitahu, sekiranya semua berjalan lancar, saya akan ikat kontrak selama setahun.

“Kemudian, saya akan rakam semula lagu yang pernah saya nyanyikan ketika bertanding di DAA3, di samping dua lagu baru bergenre dangdut,” katanya.

Walaupun irama yang diperjuang­kan Azizul tidak mendapat sambutan hebat seperti genre lain, dia tidak pernah patah semangat.

“Saya tahu, tak banyak anak muda minat dengan genre tradisiona­l. Saya akan terus memperjuan­gkan genre ini sehingga ia diterima,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi peminat di negara seberang, Azizul berkata dia pernah dikejar di lapangan terbang.

“Kalau di sini tak ramai kenal saya tetapi di sana saya dikejar di lapangan terbang sehingga ada ke dalam tandas.

“Itulah antara kenangan mencuit hati di sana. Awalnya memang terkejut tetapi saya dapat hadam situasi itu perlahan-lahan,” katanya.

Azizul kini rancak mempromosi­kan single berjudul Pemimpi, di samping bertugas sebagai guru vokal di sekolah muzik di Kajang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia