Harian Metro

MASAKAN MINANG SEJATI

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Padang-on-Wheels saji lauk-pauk resipi warisan

dari seberang

Melihat cara hidanganny­a saja selera pasti terbuka untuk menikmati juadah dengan aneka lauk-pauk. Demikian keunikan masakan tradisiona­l masyarakat Minang yang lazimnya dihidangka­n dengan pilihan lebih 10 jenis lauk walaupun yang memakannya seorang saja.

Namun, tidak lengkap menikmati juadah dari Padang, Indonesia itu jika tidak mencuba gulai tunjang atau urat kaki lembu yang dimasak dengan kuah santan pekat dan rempah khas. Teksturnya yang kenyal tapi lembut menjadikan ia juadah kegemaran pelanggan di Padang-on-Wheels.

Padang-on-Wheels yang diusahakan dua beradik, Abjda Zulkifli, 43, dan Sukinah, 41, serta seorang rakan kongsi, Farrah Adeeba Asyraf, 41, bermula dengan jualan menggunaka­n perkhidmat­an ‘trak makanan’ tahun lalu sebelum membuka restoran di Shah Alam, Selangor.

Menurut Abjda, gulai tunjang termasuk makanan istimewa daerah Padang selain dendeng, rendang Minang, gulai ayam kalio dan sambal balado. Lebih 60 menu ditawarkan dengan keaslian rasa masakan Minang yang semuanya adalah resipi asal daripada neneknya yang berasal dari daerah Padang.

“Semua menu yang disediakan adalah masakan asli yang dimasak nenek di rumah. Jadi, saya bawakan masakan dari dapur rumah kami kepada pelanggan dalam usaha memberikan yang terbaik dan mengekalka­n cita rasa tradisiona­l.

“Begitu juga juadah yang dijual daripada trak makanan, kami menggunaka­n sistem dapur sepusat bagi mengekalka­n rasa masakan dan menjaga kualiti,” katanya.

Abjda berkata, pihaknya menawarkan perkhidmat­an penyediaan dan penganjura­n majlis jamuan di restoran yang boleh menempatka­n tetamu sehingga 60 orang pada satu-satu masa.

“Restoran beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 7 malam, oleh itu kami juga menyediaka­n hidangan untuk sarapan seperti nasi lemak, roti canai dan roti bakar.

“Sebelah petang pula pengunjung boleh menikmati sajian ringan seperti bakso, asam laksa, pisang goreng keju dan minuman ais teler (koktel buah) dan sirap bandung bersama aiskrim vanila,” katanya.

Pengunjung yang menjamu selera di restoran ini pasti berasa santai dengan dekorasi premis berkonsep hipster. Malah, pencahayaa­n ruang yang suram juga memberikan suasana tenang untuk menikmati juadah.

 ??  ?? ANEKA juadah masakan Minang membangkit selera.
ANEKA juadah masakan Minang membangkit selera.
 ??  ?? AIR bandung bersama aiskrim vanila.
AIR bandung bersama aiskrim vanila.
 ??  ?? (DARI kiri) Abjda, Farrah Adeeba dan Sukinah sediakan perkhidmat­an trak makanan.
(DARI kiri) Abjda, Farrah Adeeba dan Sukinah sediakan perkhidmat­an trak makanan.
 ??  ?? JUADAH minum petang, ais teler, bakso dan asam
laksa.
JUADAH minum petang, ais teler, bakso dan asam laksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia