Harian Metro

INSPIRASI LEGENDA

-

R Nine T Urban G/S tawar gaya roadster berprestas­i

Sebaik mendapat kunci, yang bermain pada fikiran adakah motosikal BMW R Nine T Urban G/S ini selesa dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh atau hanya bagi kegunaan dalam bandar.

Bagi merasai gaya tunggangan dan prestasi enjin model ini, penulis menyertai beberapa rakan media untuk berkonvoi dari Kuala Lumpur ke

Kuala Tahan, Pahang bagi membuat liputan acara Rimba Raid dengan jarak perjalanan hampir 300 kilometer (km).

Roadster retro R Nine T ini dikategori­kan dalam segmen Heritage oleh BMW Motorrad mula dipasarkan sejak 2014 dan model Urban G/S diinspiras­ikan daripada legenda BMW R80 G/S iaitu jentera segmen dwiguna yang dikeluarka­n sekitar 1980 hingga 1987.

Selain model ini, varian lain ditawarkan ialah R Nine T, R Nine T

Pure, R Nine T Racer dan R Nine T Scrambler yang menyediaka­n karakter tersendiri untuk penunggang adventure atau cafe racer.

Melihat kepada reka bentuk Urban G/S, ia menawarkan jentera dengan sentuhan rekaan vintaj dan menjadi pilihan kepada kaki ‘custom’ kerana cirinya yang asas selain casis dan enjin yang mudah dipisahkan.

Rekaan perumah lampu hadapan bulat dengan pelindung angin, mudguard tinggi dengan pelindung fork teleskopik 43 milimeter (mm), roda hadapan bersaiz 19 inci dan belakang 17 inci menyerlahk­annya untuk kelihatan sebagai motosikal era retro.

Ia digabungka­n dengan rekaan tangki warna putih bercorak grafik biru dan pelana merah mendatar menjadikan­nya unik dan menarik perhatian umpama ‘throwback’ jentera dwiguna 1980-an itu.

Sebagai tambahan kepada ciri kelasakan, ia dipasang dengan ‘foot pegs’ Enduro, brek kaki keluli dan pelindung haba pada ekzos bagi menyesuaik­an ciri untuk laluan off-road sederhana.

Rekaan kerangka tiga bahagian pada hadapan dan dua bahagian subkerangk­a belakang untuk menggalas enjin dan kotak gear yang mana tempat duduk pembonceng boleh ditanggalk­an jika menunggang secara solo.

Ia tampil kompak gabungan besi berwarna hitam dan padanan metalik serta enjin yang dimuatkan menjadikan jentera ini kelihatan lebar dari hadapan dan tirus di belakang.

Memulakan tunggangan, penulis tidak berasa sukar mengendali­kan jentera ini dengan posisi menunggang selesa pada bar pemegang yang tinggi dan lebar, namun perlu menyesuaik­an diri dengan kedudukan pelana yang mendatar.

Laluan sepanjang Lebuhraya Karak dengan selekoh tajam dan berbukit menjadi pentas ujian awal untuk Urban G/S beraksi dan tiada kekurangan kuasa dirasakan malah seronok melayan setiap selekoh.

Ini kerana model ini dijana enjin ‘boxer’ silinder-berkembar 1,170cc sejukan udara dan cecair menyalurka­n kuasa kuda 110hp pada 7,750rpm dan daya kilas 116Nm pada 6,000rpm.

Ketika melalui jalan kampung bermula dari Jerantut ke Kuala Tahan dengan laluan dua lorong memerlukan penulis melakukan tunggangan

 ??  ?? METER ringkas.
PELANA mendatar gaya retro.
POSISI menunggang santai.
METER ringkas. PELANA mendatar gaya retro. POSISI menunggang santai.
 ??  ?? ENJIN boxer 1,200cc.
Lizam Ridzuan
ENJIN boxer 1,200cc. Lizam Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia