Harian Metro

VARIAN BARU HR-V RS

-

sebelum 31 Oktober akan menerima Kad Petronas bernilai RM1,000,” katanya.

Terdahulu, HR-V RS dikuasakan enjin 1.8L

SOHC i-VTEC digabungka­n bersama Teknologi Dreams Earth Honda Transmissi­on Variable Continuous

(CVT) yang memberikan keseimbang­an prestasi dan kecekapan bahan api.

Model terbaru ini hadir dengan reka bentuk luaran lebih segar termasuk singnatur Honda, konsep ‘Face Wing Solid’ selain padanan lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus serta lampu belakang LED.

Memperting­katkan lagi kesesuaian­nya, varian RS dilengkapi dengan rim 18 inci, reka bentuk bampar hadapan dan belakang lebih segar.

Ciri lain termasuk pemegang luar krom gelap, hiasan krom hitam dan pengenalan warna baru Pearl Red Passion bagi varian ini.

Selain itu, ciri keselamata­n turut dipertingk­atkan apabila varian RS didatangka­n bersama sistem Honda LaneWatch melalui kamera pada cermin sisi penumpang manakala ciri standard lain termasuk enam beg udara, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) serta Kamera Paparan Pelbagai Sudut untuk kemudahan pemandu.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjung­i mana-mana 95 pengedar sah Honda untuk tempahan yang bermula 12 Julai lalu.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i talian bebas tol Honda di 1-80088-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com. my

 ??  ?? WARNA baru Pearl Red Passion untuk varian terbaru ini.
WARNA baru Pearl Red Passion untuk varian terbaru ini.
 ??  ?? ISHIYAMA bersama varian baru Honda HR-V RS yang bakal dilancar.
ISHIYAMA bersama varian baru Honda HR-V RS yang bakal dilancar.
 ??  ?? LAMPU belakang lebih cerah dengan penggunaan LED.
LAMPU belakang lebih cerah dengan penggunaan LED.
 ??  ?? GRIL hadapan paduan warna krom dan gelap.
GRIL hadapan paduan warna krom dan gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia