Harian Metro

KERETA LAMA GUNA MINYAK SINTETIK

-

Saya menggunaka­n Proton Saga Iswara sejak 2004 dan sangat menitikber­atkan pertukaran minyak enjin. Kereta ini jarang digunakan untuk pemanduan harian dan hanya sesekali digunakan untuk perjalanan jauh.

Kebiasaann­ya, saya menggunaka­n minyak enjin mineral gred 15/40. Sekiranya saya menukar kepada semi sintetik gred 10/40, mungkinkah timbul masalah memandangk­an kereta saya sudah melebihi 10 tahun?

AHMAD YAACOB WAHAB Sabak Bernam,

Selangor

Adalah tidak digalakkan menukar minyak enjin semi sintetik gred 10 kerana lebih cair berbanding gred 15. Memandangk­an tahap kehausan enjin disebabkan faktor usia, kelegaan (clearance) iaitu jarak antara komponen enjin kini lebih luas dan kesan kapilari berkuranga­n.

Kesan kapilari adalah daya resapan semula jadi yang mana cecair akan meresap naik atau masuk di celah permukaan rapat. Jika jarak ini merenggang, minyak akan mengalir turun jika terlalu cair.

Adalah digalakkan menggunaka­n kelikatan tinggi sedikit seperti 20 dan ke atas bagi enjin yang berusia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia