Harian Metro

ANGGARAN HAYAT SPRING

-

Adakah spring kereta mempunyai jangka hayat penggunaan­nya seperti penyerap hentakan? Bilakah kita perlu menukarnya atau mungkinkah memadai jika menukar penyerap hentakan (shock absorber) saja?

MUSTADZA MUSTAFA

Baling, Kedah

Spring kereta memang mempunyai jangka hayat penggunaan­nya seperti alat ganti lain. Namun begitu, spring sangat tahan lasak dan jarang diganti melainkan jika mahu meningkatk­an prestasi untuk pemanduan laju atau perlumbaan.

Gantikan spring jika selalu membawa beban berat dan apabila kenderaan seakan-akan sudah ‘mendap’ dengan membanding­kannya dengan kereta lain yang sama model. Spring juga harus diganti jika sudah retak atau tidak sama tinggi.

Ia boleh disukat apabila dibuka untuk menukar penyerap hentakan. Untuk prestasi, spring berkualiti lebih selesa dan tidak membuai jika memandu laju di selekoh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia