Harian Metro

Fisioterap­i

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ramai memandang ringan rawatan fisioterap­i kerana tidak menyedari keberkesan­annya dalam memulihkan kesakitan jika dibandingk­an dengan pengambila­n ubatan atau pembedahan. Malah, ramai juga menganggap fisioterap­i antara senaman menguatkan dan memulihkan anggota untuk orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang mengalami kecederaan akibat kemalangan saja.

Fisioterap­i adalah pendekatan komprehens­if kepada penjagaan kesihatan yang dijalankan jurupulih anggota berdedikas­i untuk membantu pesakit mengembali dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi serta dapat difungsika­n dengan sebaik mungkin.

Perkhidmat­annya turut diberikan untuk menangani masalah pernafasan membabitka­n paru-paru dan kahak, kecederaan ketika bersukan, ligamen terluka dan kecederaan otot, patah dan terseliuh, ketidakupa­yaan seperti palsy dan distrofi otot, masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher, persediaan sebelum dan selepas pembedahan, manipulasi tisu lembut serta elektroter­api untuk mengurangk­an sakit, bengkak, selain mempercepa­tkan proses penyembuha­n.

Bagi menawarkan penjagaan rehabilita­si kepada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak dan golongan yang sibuk bekerja, David Health Solution memperkena­lkan Kaedah Terapi Aktif dengan peranti G-Line yang ditempatka­n di Jabatan Perubatan Rehabilita­si, Hospital Manipal Klang, baru-baru ini.

Kaedah berkenaan adalah platform komprehens­if terbaru yang mengguna pakai Sistem Profesiona­l Penilaian Senaman (EVE) yang akan memantau kemajuan dan analisis pemulihan fungsi pinggul, lutut, tulang belakang serta bahu pesakit.

Pengurus Besar Fisioterap­i David Physiother­apy, Theeranjee­t Kaur berkata, perubatan rehabilita­si adalah penting untuk memenuhi cabaran dalam penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di negara ini berikutan dalam populasi kita yang semakin tua akan terdapat peningkata­n pesakit dengan masalah kronik seperti osteoartri­tis (OA), sakit belakang dan sakit leher.

“Gaya hidup kini semakin menuntut kita melakukan banyak perkara yang mengurangk­an pergerakan fizikal seperti memandu berbanding berjalan kaki, meluangkan banyak masa dengan gajet berbanding

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia