Harian Metro

Riadah dapat hindar rasa murung

-

Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabang­sa (Misfit) 2018 mampu menjadi platform kepada orang ramai untuk mula bergiat aktif secara fizikal serta mental.

Misfit yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos ini dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober ini turut mengumpulk­an semua pengeluar utama dalam bidang sukan, kecergasan dan industri kesihatan,

Pengerusi penganjur, Abjda Zulkifli berkata, pameran itu turut menampilka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) iaitu Kempen Hentikan Perogol Dalam Rumah yang dijangka memberi pelbagai maklumat dan kesedaran kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan apakah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah terbabit.

“Ramai juga yang tidak sedar bahawa jenayah seksual juga ada kaitan dengan kemurungan sama ada pelakunya yang mengalami tekanan dan cuba melepaskan emosinya terhadap orang lain atau mangsanya akan mengalami tekanan perasaan.

“Bagi mangsa, tekanan emosi dialami meninggalk­an kesan lebih mendalam, berpanjang­an dan membahayak­an diri berikutan kemurungan melampau boleh mendorong untuk melakukan sesuatu di luar pemikiran seperti mencederak­an diri sendiri, mencederak­an orang lain atau terfikir untuk

membunuh diri,” katanya.

Abjda berkata, Misfit

2018 yang menampilka­n aktiviti kecergasan dikendali selebriti kecergasan, sesi dialog berkenaan kesihatan, pemeriksaa­n dan pameran kesihatan mampu menyediaka­n peluang kepada individu serta seisi keluarga untuk menjalani kehidupan sihat.

“Kemurungan adalah penyakit mental yang serius dan memberi kesan negatif pada individu. Ia boleh mempengaru­hi emosi, cara berfikir dan juga sikap individu dan merubahnya menjadi orang lain.

“Penyakit ini juga menyebabka­n individu berasa sedih dan hilang minat terhadap aktiviti yang disukai. Jangan biarkan diri kita terjebak dalam kemurungan, amalkan perhubunga­n yang sihat dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan dengan aktiviti berunsur positif,” katanya.

 ??  ?? AKTIVITI kecergasan dan pergaulan sihat mampu mencegah kemurungan.
AKTIVITI kecergasan dan pergaulan sihat mampu mencegah kemurungan.
 ??  ?? ABJDA
ABJDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia