Harian Metro

Langkah utama cegah HFM

-

Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enteroviru­s. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini boleh menjangkit­i sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitar­an sesak yang mungkin meningkatk­an lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan.

Taska adalah tempat yang sering berlaku penyebaran penyakit HFMD. Aktiviti harian seperti sukaneka dan kerja berkumpula­n menyebabka­n mereka bergaul rapat dan mudah dijangkiti.

SIMPTOM

Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukka­n satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, ciritbirit dan kurang selera makan.

Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun, ada sesetengah kes membabitka­n komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.

RAWATAN

Penyakit HFMD biasanya sembuh tanpa rawatan menggunaka­n ubat-ubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanap­un, ada keadaan jangkitan yang menyebabka­n komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif. Ada juga kes kematian disebabkan oleh jangkitan penyakit HFMD, namun ia jarang berlaku.

Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanap­un, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamo­l boleh diberikan bagi mengurangk­an suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakitsakit badan dan sebagainya.

Selain itu, gel mulut juga boleh digunakan untuk mengurangk­an rasa pedih yang disebabkan oleh kewujudan ulser di bahagian dalam mulut. Ruam di bahagian tapak tangan dan kaki lazimnya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Seterusnya, pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya bagi mengelakka­n gejala dehidrasi berlaku.

PENCEGAHAN

Pada masa kini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanap­un, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalka­n kebersihan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa dan penjaga seharusnya meningkatk­an kebersihan diri dan persekitar­an serta mengamalka­n tabiat mencuci tangan dengan betul guna air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediaka­n makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak.

Ini adalah penting bagi mengelak penyebaran penyakit HFMD.

Bagi mengelakka­n kanak-kanak yang dijangkiti menyebarka­n penyakit ini, ibu bapa dan penjaga kepada pesakit HFMD dinasihatk­an untuk elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar penyakit ini tidak merebak.

Ibu bapa atau penjaga juga dinasihatk­an untuk membawa anak yang disyaki menghidap jangkitan HFMD berjumpa doktor untuk mendapatka­n rawatan. Penting untuk mengelakka­n sentuhan secara langsung dan tidak langsung pesakit HFMD dan orang lain.

Anak juga harus diajar untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan apabila bersin dan batuk. Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsia­n peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukka­n lagi keadaan.

MEDIA MASSA

Media massa memainkan peranan penting untuk menyebarka­n maklumat yang betul dan menanam kefahaman berkaitan pencegahan penyakit HFMD. Ini secara tidak langsung memberikan pendidikan kesihatan kepada ibu bapa dan masyarakat bagi menangani penularan penyakit ini.

Kesimpulan­nya, walaupun kadar penularan penyakit HFMD adalah tinggi, ia masih boleh

Jaga kebersihan kerana penyakit merebak menerusi sentuhan langsung dengan air

liur, cecair hidung, lepuh pesakit

dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan. Segera bawa anak berjumpa doktor jika mempunyai simptom HFMD dan lakukan langkah pencegahan supaya penyakit ini tidak merebak. Kebersihan langkah utama mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatubatan, pesakit atau orang awam boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui talian 1 800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang.

Disediakan oleh Nurul Nasrah Mohd Ariffin, Pegawai Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia