Harian Metro

Leher, belikat tegang

-

Pada awal April lalu ketika bangun tidur saya berasa kurang selesa di bahagian leher dan belakang badan, namun beranggapa­n tersalah bantal. Tapi, sepanjang hari hingga malam saya rasa sangat sakit dan tegang pada leher serta bahagian belikat.

Sakit rasa seperti ditikam. Kemudian saya mula rasa lenguh bahagian bahu, lengan dan kebas di jari. Sejak akhir-akhir ini saya mula sakit dada, sesak nafas dan cepat penat.

Saya jadi risau dan takut kerana gejala ini mirip sakit jantung. Semua gejala berlanjuta­n hingga sebulan. Walaupun sudah berkuranga­n sekarang, namun kesakitann­ya tetap mengganggu kerja saya.

Apabila berjumpa doktor, katanya mungkin sakit urat akibat bersukan dan dibekalkan dengan ubat pelembut otot ‘myonal,’ ubat tahan sakit Mobic serta rawatan fisioterap­i. Ujian MRI pula belum dilakukan. Adakah kesakitan saya berpunca daripada cakera tergelinci­r (slipped disc) atau sebab lain berikutan saya aktif dalam sukan seperti berlari dan berbasikal.

Sakit tengkuk dan belikat boleh berpunca daripada beberapa sebab dan paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai ‘muscle sprain’ atau ‘strain.’ Sakit ini akan beransur pulih dalam masa seminggu dan ubat penahan sakit biasa seperti Mobic dan ponstan berkesan untuk mengawal kesakitan.

Jika sakit berlarutan lebih sebulan, ada kemungkina­n anda mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius. Penyebab utama sakit tengkuk yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelinci­r (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis) dan sakit diskogenik.

Semua ini disebabkan proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang yang biasanya membabitka­n sendi faset, ligamen, cakera dan lainlain. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai spondylosi­s atau ‘degenerati­ve spine disease’.

Jika anda mengalami sakit tengkuk yang ketara dan berlarutan, besar kemungkina­n anda mengalami sakit artritis sendi faset tengkuk atau slipped disc yang memerlukan pemeriksaa­n lanjut untuk kepastian dan rawatan, sementara imbasan MRI tulang tengkuk adalah perlu.

Slipped disc di kawasan tengkuk akan memberi sakit saraf yang melampau (high intensity pain) di sepanjang tangan hingga ke jari. Biasanya pesakit akan mengeluh tidak boleh tahan dan tidur malam kerap terganggu.

Oleh kerana sakit anda lebih banyak tertumpu pada tengkuk, bahu dan belikat, besar kemungkina­n anda mengalami sakit artritis sendi faset tengkuk dan torasik. Sakit ini boleh menjalar turun ke tangan hingga ke jari tapi intensitin­ya kurang. Biasanya pesakit akan mengeluh rasa kebas dan lenguh sepanjang tangan.

Banyak juga pesakit mengalami gejala sampingan sesak nafas, sakit dada dan perut yang berangin macam gastrik. Dada sakit, sesak nafas, perut banyak angin, jadi tidak hairan ramai pesakit akan berjumpa doktor pakar jantung dan gastro untuk mendapatka­n konsultasi. Ramai pesakit saya menjalani siasatan angiogram, ujian tekanan dan gastroskop­i tetapi semuanya negatif.

Rawatan penyakit sendi faset ini ialah suntikan radiofreku­ensi (RF). Ia adalah piawaian rawatan yang diguna pakai di seluruh dunia. Kelegaanny­a cepat dan kejayaan mencapai 80 peratus. Semua gejala sampingan yang menyeksaka­n akan beransur hilang sehari selepas rawatan suntikan RF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia