Harian Metro

Pusat Rawatan Kesuburan SunMed rai bayi ke-100

-

Pusat Rawatan Kesuburan di Pusat Perubatan Sunway (SunMed) Subang Jaya, Selangor meraikan bayi ke-100 bersama ibu bapa yang berjaya menjalanka­n rawatan ini bersama bayi masing-masing.

Pencapaian itu penting bagi Pusat Rawatan Kesuburan Sunway membantu lebih 100 pasangan yang menghadapi masalah untuk hamil berjaya menimang bayi mereka menerusi khidmat serta teknologi ditawarkan pusat perubatan berkenaan.

Tampil dalam suasana penuh emosi apabila gambar bayi yang dilahirkan menerusi rawatan kesuburan dipaparkan sebagai meraikan usaha pusat perubatan berkenaan dalam membantu ibu bapa yang mengimpika­n cahaya mata sendiri.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan Dr Kannappan Palaniappa­n berkata, semestinya sangat bermakna buat pusat perubatan itu dalam memenuhi harapan pasangan mengimpika­n cahaya mata.

“Bukan saja Pusat Rawatan Kesuburan di Pusat Perubatan

Sunway saja malah dari seluruh Malaysia turut memeriahka­n sambutan meraikan kelahiran 100 bayi. Ia satu pencapaian penting buat pusat ini dalam membuktika­n kemampuan dari segi kepakaran mahupun fasiliti pusat rawatan kesuburan dimiliki di Malaysia setanding antarabang­sa.

“Teknologi merangkumi inseminasi rahim (IUI) dan persenyawa­an in vitro (IVF) antara kaedah terbaik membantu mereka memiliki cahaya mata,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perkhidmat­an Kesihatan, Sherry Woo berkata, pihaknya memberi sokongan menyeluruh seawal proses menjalani rawatan kehamilan hingga penjagaan selepas bersalin.

“Perkhidmat­an kami tidak hanya terhenti kepada rawatan kehamilan. Kami turut menyediaka­n kelas antenatal iaitu menerusi program Parentcraf­t yang dijalankan membantu ibu hamil dan pasangan mereka memahami proses kehamilan serta melahirkan anak.

“Perkhidmat­an ginekologi kami, kemudahan moden dan jururawat terlatih bersedia untuk memastikan anda mempunyai kehamilan yang sihat serta pengalaman kelahiran yang sempurna. Jururawat dan doktor pula berpengala­man dalam membantu memupuk hubungan antara ibu bapa dan bayi serta menyokong penjagaan berterusan selepas keluar wad termasuk kunjungan rumah untuk penjagaan selepas bersalin.

“Kami kini menaik taraf, seperti yang anda saksikan di sekitar hospital di mana kerjakerja pengubahsu­aian sedang berjalan. Menara C, misalnya mempunyai wad baru untuk keselesaan bagi pemulihan pesakit,” katanya.

Pusat Kesuburan Sunway ditubuhkan sejak 2014 bersama Pakar Perunding Kesuburan, Dr Kannappan Palaniappa­n. Unit kesuburan bermula dengan empat kakitangan terdiri daripada dua jururawat dan embriologi. Pusat ini menerima kes pertama pada April 2015 dan mencapai kehamilan pertama daripada kes yang sama.

 ??  ?? MAJLIS sambutan ceria meraikan bayi ke-100 anjuran Pusat
Rawatan Kesuburan di Pusat Perubatan Sunway.
MAJLIS sambutan ceria meraikan bayi ke-100 anjuran Pusat Rawatan Kesuburan di Pusat Perubatan Sunway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia