Harian Metro

Usah pilih bulu nak buat baik

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Metro Ahad yang dikasihi.

Diharapkan hari minggu ini membawa 1,001 keceriaan buat anda semua.

Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah SWT, malah diberikan ganjaran pahala yang melimpah ruah. Namun, tidak ramai di antara kita yang konsisten dalam berbuat kebaikan.

Kadang-kadang ada yang bersikap baik kerana ingin mendapatka­n sesuatu dengan niat yang tidak baik.

Minggu ini Adik nak kongsikan beberapa tip mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan pada setiap masa.

Pertama, kita seharusnya luaskan maksud kebaikan. Mungkin ramai yang beranggapa­n bahawa berbuat kebaikan itu ialah apabila kita menghulurk­an bantuan kewangan seperti sedekah dan derma.

Sebenarnya kebaikan tidak terhad sekadar itu. Ia merangkumi segala perkara yang dapat mendamaika­n urusan orang lain, sebarang tindakan yang dapat mengeluark­an orang lain daripada kesusahan dan menyenangk­an hati orang lain.

Percayalah, sekecil mana pun bantuan tetapi sekiranya dapat mendamaika­n hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan termasukla­h berwajah ceria dan sentiasa senyum dengan orang yang kita temui. Jangan lupa senyuman itu sebenarnya satu terapi dan sedekah.

Kedua, Adik ingin sarankan kepada semua untuk berbuat baik kepada sesiapa saja. Jangan memilih-milih untuk berbuat kebaikan. Nak bantu yang kita kenal saja atau pun yang pernah tolong kita itu salah. Jangan pilih bulu kalau nak bantu!

Ketiga, jangan mengharapk­an ganjaran daripada manusia. Apabila kita menghulurk­an sesuatu bantuan, tidak semua yang akan diberi penghargaa­n, apatah lagi untuk membalasny­a.

Jangan harapkan pujian atau balasan sebab kalau tak dapat nanti kita akan rasa rugi membantu bukan? Ikhlaskan hati!

Namun, jika terlampau baik pun boleh jadi masalah juga. Nanti ada netizen atau mak cik bawang yang komen “ala buat baik nak bodek la tu.” “Propa je baik.” Istighfar kak... Buat baik salah, buat jahat salah. Akak je ke yang betul?

Takkan disebabkan netizen kita takut nak berbuat baik? Takut dilabel kaki bodek? Setiap perilaku kita dinilai, bukan oleh netizen, tetapi Allah.

Betulkan niat, insya

Allah dipermudah­kan.

Kalau tiada perkara yang baik untuk diperkatak­an, lebih baik tutup mulut. #BuatBaikDi­kataBodek

 ??  ??
 ??  ?? KETIKA menjalani penggambar­an drama, baru-baru ini.
KETIKA menjalani penggambar­an drama, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia