Harian Metro

SINOPSIS

- TV1 / 10.05 PAGI PANGGUNG AHAD: MEK MINYAK TV2 / 3 PETANG SPICE OF INDIA: THEGIDI

Mail diberi tempoh sebulan untuk menyediaka­n wang hantaran RM15,000 oleh Pak Mus jika mahu berkahwin dengan Imah. Mail bersetuju dengan syarat itu tetapi ibunya, Mak Munah berasa risau. Mail mendapat idea dan berpakat dengan Sunti untuk menjadi Mek Minyak (orang minyak versi perempuan) bagi menakutkan orang kampung. Keadaan kampung menjadi kecoh apabila ramai lelaki menjadi mangsa Mek Minyak. Pak Mus selaku Pengerusi JKK mengarahka­n kawalan dilakukan.

Pelakon: Izzue Islam, Lan Zailan, Falisha Crossley, Sharifah Sakinah dan Kathy Azian. Vetri belajar jurusan kriminolog­i dan mempunyai tahap pemerhatia­n yang baik. Ia membuatkan pensyarahn­ya, Govardhan menyaranka­n agar dia bekerja sebagai detektif. Dia ditawarkan bekerja di sebuah agensi dan mempunyai dua majikan iaitu Sadagoppan dan Sailesh. Vetri ditugaskan mengumpul maklumat daripada tiga individu dengan mengekori mereka. Semua maklumat diberikan kepada majikannya. Tibatiba, seorang individu yang diekorinya dibunuh. Kemudian dua yang lain turut menerima nasib sama. Pelik dengan keadaan itu, Vetri cuba menyiasat dan pihak polis mengesyaki dia terbabit dalam ketiga-tiga kes itu.

Pelakon: Ashok Selvan, Janani Iyer, Jayaprakas­h, Kaali Venkat dan Sai Prashanth.

 ??  ?? ASHOK SELVAN
ASHOK SELVAN
 ??  ?? FIZO OMAR
FIZO OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia