Harian Metro

RUMAH TERBUKA LEPAS SYAWAL

-

majlis rumah terbuka terus diadakan meskipun Syawal sudah berlalu?

Aida Farhah

Seremban

bagi mengadakan majlis rumah terbuka bertujuan menjamu makanan dan mengeratka­n silaturahi­m, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Menjadi kebiasaan mengaitkan rumah terbuka dengan Syawal sedangkan ia bukan kemestian. Oleh itu, tidak perlu dikaitkan rumah terbuka dengan Syawal. Rasulullah SAW menggalakk­an umatnya saling menziarahi, melayan dan menjamu tetamu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa Mukmin memberi makan mukmin yang kelaparan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya makan buah-buahan syurga. Sesiapapun Mukmin yang memberi minum Mukmin yang kehausan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya minum minuman syurga. Sesiapa Mukmin yang memberi pakaian Mukmin lainnya supaya tidak telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya pakaian daripada perhiasan syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

pulang ke kampung baru-baru ini, saya solat berjemaah di masjid berimamkan imam yang sudah tua. Ketika membaca surah al-Fatihah, dia berhenti lama kerana batuk. Keadaan demikian menyebabka­n makmum berasa kurang selesa.

Bolehkah seseorang imam menghentik­an bacaan ketika solat dengan lama, kemudian meneruskan solatnya?

Zainal Meru, Klang

menggarisk­an beberapa syarat menjadi imam ketika solat. Syarat itu disusun dengan teliti supaya imam dapat menjaga makmum seterusnya solat berjemaah terpelihar­a.

Sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud: “Imam itu penjamin (bertanggun­gjawab terhadap solat makmumnya), sedangkan muazzin orang yang dipercayai. Ya Allah, berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah para muazzin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Batuk dan berhenti lama dalam keadaan tertentu tidak membatalka­n solat. Ia menyebabka­n makmum kurang khusyuk, sedangkan khusyuk sangat dituntut dalam solat.

Imam yang mempunyai ilmu akan cuba menangani masalah itu lebih awal.

Jika batuk itu mengganggu makmum dan solat berjemaah itu, maka lebih baik dia tidak menjadi imam.

Sewajarnya bagi seorang imam yang uzur atau sakit hingga mengganggu solat berjemaah, mengundurk­an diri. Bagi makmum pula, mereka perlu menasihati imam supaya sedar akan keadaan yang berlaku.

Begitulah rosaknya masyarakat jika pemimpin tidak ditegur apabila melakukan perkara yang tidak disenangi dan tidak mahu mendengar nasihat serta teguran daripada masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia