Harian Metro

Solat dengan arah kiblat tak tepat

-

atau tidak seseorang melaksanak­an solat di rumah tetapi kedudukan kiblatnya tidak tepat? Misalnya, arah kiblat sebenarnya perlu disengetka­n beberapa darjah, namun kiraan itu sedikit tersasar.

Adakah umat Islam boleh menentukan kedudukan kiblat hanya menggunaka­n aplikasi menerusi telefon pintar?

Rais Yusoff Bestari Jaya

sah jika tidak menghadap kiblat kerana ia adalah rukun bagi solat fardu. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika engkau hendak mendirikan solat maka sempurnaka­nlah wudukmu, kemudian menghadapl­ah ke kiblat lalu bertakbirl­ah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanap­un, wujud panduan menghadap ke kiblat yang dinyatakan para ulama. Sekiranya berada di Masjidilha­ram, hendaklah menghadap Kaabah, jika berada di Tanah Arab hendaklah menghadap ke Masjidilha­ram dan jika berada jauh dari itu hendaklah menghadap ke Tanah Arab.

Mustahil untuk mereka yang berada jauh dari Makkah al-Mukaramah untuk tepat menghala ke Kaabah kerana sedikit saja pergerakan akan mengubah beberapa darjah daripada hala Kaabah. Apa yang dilakukan ialah berusaha semampu mungkin untuk menghadap Kaabah sebagai tanda menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan penyatuan umat Islam.

Ini jelas menunjukka­n umat Islam bukan menyembah Kaabah tetapi menyembah Tuhan yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanl­ah wajahmu ke arah Masjidilha­ram. Dan di mana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanl­ah wajahmu ke arahnya.” (Surah alBaqarah : 150)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia