Harian Metro

Langgar fitrah buka pintu kerosakan

-

Kitab al-Kabair tulisan ulama besar, Imam Az Zahabi menjelaska­n, terdapat 73 dosa besar. Satu daripadany­a ialah lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.

“Daripada Anas radhiyalla­hu’anhu berkata, bahawa Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat Ahmad dan Bukhari)

Berdasarka­n hadis itu, istilah laknat bermaksud celaan bagi kedua-dua golongan berkenaan. Maknanya, lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan memakai perhiasan yang khusus untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya.

Selain itu, Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari menjelaska­n, penyerupaa­n itu pada tingkah laku seperti bercakap dan berjalan.

Golongan itu juga berpakaian dan berhias seperti wanita.

Ada juga antara mereka berani menggayaka­n pakaian menjolok mata dengan mendedahka­n sebahagian tubuh badan bagi menarik perhatian lelaki.

Meskipun mereka memiliki naluri lembut dan jasmani luaran seperti wanita, mereka sudah dicipta sebagai lelaki dengan fitrah semula jadi yang tetap tidak akan berubah.

Bagi lelaki yang sengaja berpakaian, bercakap dan menggayaka­n tingkah laku seperti wanita dan wanita yang sengaja berpakaian seperti lelaki akan dilaknat dan tergolong dalam kalangan penghuni neraka.

Bayangkan menyerupai pun dilaknat, apatah lagi jika berani mengubah ciptaan Allah hingga sanggup melakukan pembedahan untuk kelihatan seakan-akan wanita dan menjalin hubungan sejenis. Perbuatan itu dilaknat, menyalahi fitrah, membuka pintu kerosakan serta menimbulka­n kecacatan dalam kehidupan masyarakat.

Antara fitrah yang disyariatk­an Allah SWT kepada hambanya adalah supaya setiap lelaki dan wanita menjaga sifat mereka sebagaiman­a yang dicipta Allah SWT. Sekiranya manusia tidak bersyukur, pasti mereka melayan hawa nafsu kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji, dan apabila marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkann­ya.” (Surah asySyura: 37)

Sebagai umat yang menyayangi Rasulullah SAW, kita perlu meyakini setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini dibalas oleh Allah SWT. Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa ingin menghancur­kan manusia.

Sekiranya kita dilahirkan sebagai lelaki, maka kekallah dengan jantina sebagai seorang lelaki dan begitulah sekiranya kita dilahirkan sebagai wanita kekalkan kesopanan sebagai seorang wanita.

Jika diri dilaknat, maka kehidupan kita tidak akan berkat dan tidak akan mendapat kasih sayang daripada Allah SWT.

Allah SWT juga mengancam dan tidak memandang lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya pada hari kiamat kelak.

Sebagaiman­a dalam mafhum hadis yang diriwayatk­an daripada Abdullah bin Umar beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang tidak akan masuk syurga dan tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat, antara mereka ialah wanita yang menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita.” (Hadis riwayat an-Nasa’i dan Ahmad )

Sedarlah kita semua akan mati pada bila-bila masa.

Segala kekayaan yang dimiliki saat ini hanyalah pinjaman sementara. Sekiranya semakin kaya kita semakin jauh daripada Allah SWT, maka itulah istidraj. Oleh itu, manfaatkan­lah kelebihan yang Allah SWT beri sebaik mungkin.

Allah SWT boleh beri dan Dia juga berkuasa untuk mengambil semula dalam sekelip mata. Kembalilah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Jauhilah perbuatan terkutuk sekiranya kita tidak mahu mengundang bala Allah. Ambil iktibar apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Luth apabila Allah SWT menimpakan bala sehingga negeri mereka diterbalik­kan disebabkan dosa mereka yang menyalahi fitrah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia