Harian Metro

Makan sambil menderma

-

Demi memastikan pelajar dapat menikmati suasana pembelajar­an lebih sempurna, Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Arabiah Ternang, Gual Ipoh di sini, berusaha melakukan pelbagai cara mencari dana sendiri bagi pembanguna­n sekolah berkenaan.

Terbaru, pihak sekolah menganjurk­an majlis jamuan makan sambil menderma di sekolah berkenaan, semalam.

Mudir sekolah berkenaan, Mohd Razif Othman berkata, program kali kedua itu diadakan bertujuan mengutip dana sebanyak RM30,000 untuk menampung kos pembelian tanah seluas 0.25 hektar bagi membina bangunan tambahan sekolah berkenaan.

“Pada program pertama akhir tahun lalu, kami berjaya mengumpul hampir RM60,000 menerusi pelbagai cara yang dilakukan termasuk majlis jamuan makan. “Kami memerlukan dana keseluruha­n berjumlah RM130,000 yang harus disegeraka­n bagi pembelian tanah dan pembanguna­n infrastruk­tur sekolah ini,” katanya pada majlis Makan Sambil Menderma di sekolah itu.

 ??  ?? MOHD Razif (kanan) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Makan Sambil Menderma, semalam.
MOHD Razif (kanan) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Majlis Makan Sambil Menderma, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia