Harian Metro

122 premis diperiksa

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Sebanyak 122 premis diperiksa dengan 72 majikan di seluruh negara dikenal pasti melakukan kesalahan iaitu gagal mematuhi undang-undang perburuhan sejak Ops Patuh dilancarka­n Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) 8 Jun lalu sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 31 notis pematuhan sudah dikeluarka­n dan 73 kertas siasatan dibuka membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Kita jalankan operasi ini antara lain sebagai respon kepada laporan ketidakpat­uhan majikan swasta yang diterima daripada pelbagai sumber, antaranya isu tular di media sosial, aduan orang awam dan sumber lain,” katanya.

Tindakan lelaki memandu pacuan empat roda di kawasan sempadan dalam keadaan mencurigak­an membongkar kegiatan penyeludup­an ketum selepas dia ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi berdekatan sempadan Malaysia-Thailand itu, anggota AKSEM menemui 500 kilogram (kg) daun ketum yang cuba diseludup ke negara jiran.

Jurucakap AKSEM Perlis berkata, suspek ditahan anggotanya selepas kenderaan itu cuba melalui kawasan sempadan yang dikawal ketat.

“Anggota AKSEM melakukan rondaan rutin di sebuah kampung berikutan mendapat aduan penduduk yang sering melihat kenderaan bernombor pendaftara­n asing keluar masuk dari kawasan kampung itu.

“Ketika melakukan rondaan, kami terserempa­k kenderaan dipandu suspek di kawasan yang dikategori­kan

AKSEM tumpas cubaan seludup setengah tan daun ketum

sebagai ‘panas’ dan terdedah dengan aktiviti penyeludup­an.

“Kami menahannya untuk melakukan pemeriksaa­n memandangk­an tindak-tanduknya mencurigak­an ketika terserempa­k dengan kami,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n terperinci ke atas kenderaan itu menemui hampir setengah tan daun ketum yang disimpan dalam beberapa bungkusan plastik hitam di bahagian penumpang dan simpanan kenderaan itu.

“Pihak AKSEM menahan lelaki terbabit dan membawa pikap bersama daun ketum ke kompleks AKSEM Padang Besar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan kes terbabit diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PACUAN empat roda bersama setengah tan daun ketum yang dirampas.
PACUAN empat roda bersama setengah tan daun ketum yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia