Harian Metro

Detik cemas suami isteri

-

Suami isteri berdepan detik cemas apabila diserang sebelum kenderaan yang dinaiki mereka dilarikan seorang lelaki di depan sebuah kedai serbaneka di Aman Suria di sini, Isnin lalu.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum menyerang pasangan terbabit, suspek terlebih dulu menyerang seorang pekerja kedai serbaneka warga Bangladesh ketika cuba menyamun wang dari kaunter.

“Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi, ketika cuba mendapatka­n wang dari kaunter, suspek menetak pekerja kedai serbaneka berkenaan menggunaka­n sebilah parang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia