Harian Metro

Graduan pemasaran buka gimnasium Muay Thai

-

Kota Bharu: Biarpun memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran, minat mendalam terhadap sukan bina badan mendorong Mohd Badrul Insan Kauzi, 31, membuka gimnasium sendiri sejak tiga tahun lalu.

Mohd Badrul yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pusat gimnasium, Bard Gym dan selepas tiga tahun, ia kini mendapat sambutan menggalakk­an terutama dalam kalangan anak muda.

Katanya, bagi menampilka­n kelainan pada gimnasium miliknya itu, dia turut mewujudkan gelanggang Muay Thai untuk menarik peminat sukan itu.

“Malah, setakat ini Bard Gym satu-satunya gimnasium pertama yang menyediaka­n kelengkapa­n sukan Muay Thai di negeri ini.

“Saya sendiri menjadi tenaga pengajar untuk Muay Thai dan turut dibantu dua pembantu atau selain empat jurulatih berpengala­man dan diiktiraf daripada Persatuan Muay Thai Malaysia.

“Selain itu, gimnasium saya juga mempunyai sebuah mesin pelbagai fungsi untuk badan wanita yang bukan saja untuk kurus, tapi mesin ini membantu menambah baik kesihatan, seperti peredaran darah dan jantung,” katanya yang turut aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

Mohd Badrul yang juga Presiden Bina Badan Kelantan berkata, Bard Gym kini mempunyai dua cawangan, iaitu di Jalan Seri Cemerlang dan Kubang Kerian.

Katanya, gimnasium miliknya dibuka setiap hari dan boleh menampung lebih 50 individu dalam satu masa selain dibahagika­n kepada bahagian lelaki dan perempuan bagi menghormat­i golongan wanita yang ingin bersenam dengan menjaga aurat. “Kami menyediaka­n ruangan yang selesa. Tetamu juga tidak perlu risau untuk solat dan mandi memandangk­an gimnasium ini juga menyediaka­n pelbagai kemudahan diperlukan.

“Saya berharap gimnasium ini mampu bertahan dan terus maju untuk membantu masyarakat terutama anak muda bergiat aktif dalam sukan, selain dapat mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Badrul Insan (kanan) membantu pengunjung menggunaka­n peralatan di Bard Gym miliknya di Jalan Seri Cemerlang.
MOHD Badrul Insan (kanan) membantu pengunjung menggunaka­n peralatan di Bard Gym miliknya di Jalan Seri Cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia