Harian Metro

Cadang Bukit Bendera sebagai tapak simpanan biosfera warisan

-

Kerajaan negeri mahu mencadangk­an Bukit Bendera sebagai tapak simpanan biosfera warisan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ia berikutan faktor sejarah dan biosfera di Bukit Bendera yang memiliki kawasan hutan simpan kekal berusia 130 juta tahun selain lokasinya yang unik.

Katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera (PBBPP) serta pihak berkaitan kini mengumpul maklumat terperinci mengenai kawasan berkenaan untuk dihantar kepada UNESCO.

“Cadangan membabitka­n kawasan seluas 12,841 hektar termasuk di Teluk Bahang dan 20 peratus kawasan permukaan laut di situ, Taman Negara Pulau Pinang serta Taman Botani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia