Harian Metro

Dua jam tersepit dalam lori terbalik

-

Melaka: Seorang pemandu lori terselamat selepas kenderaan berat itu hilang kawalan dan terbabas ke gaung sedalam kira-kira 3.3 meter dan terjunam ke parit di Jalan Tun Kudu-Bukit Katil di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, M Ganesan, 35, terpaksa bertahan selama kira-kira dua jam dengan kakinya tersepit di bawah papan pemuka lori satu tan dipenuhi muatan perkakasan pertukanga­n.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil Alias Ahmad berkata, mangsa bernasib baik kerana hanya sebahagian badan saja ditenggela­mi air.

“Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 10.39 pagi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Dua anggota kecemasan dan seorang paramedik ditempatka­n di bawah cerun bagi menenangka­n dan memastikan mangsa bertahan dan sentiasa dalam keadaan sedar,” katanya.

Menurut beliau, tiga jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Padang Temu dan Ayer Keroh digunakan untuk menarik lori itu ke atas namun gagal.

“Dengan bantuan trak tunda, lori itu dapat dinaikkan sedikit. Ketika itulah anggota kami menggunaka­n pemotong serta peregang hidraulik bagi mengeluark­an mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarka­n jam 12.20 tengah hari sebelum dibawa ke Hospital Melaka,” katanya.

 ?? Arshad Abu ?? Ketika bahan binaan diturunkan, pelet lantai batu-bata terbabit patah sebelum ia menimpa mangsa”
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa dari lori yang terbalik.
Arshad Abu Ketika bahan binaan diturunkan, pelet lantai batu-bata terbabit patah sebelum ia menimpa mangsa” ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa dari lori yang terbalik.
 ??  ?? SEBAHAGIAN badan mangsa tenggelam dalam parit.
SEBAHAGIAN badan mangsa tenggelam dalam parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia