Harian Metro

ISRAEL BEDIL GAZA

-

 Hamas umum gencatan senjata selepas 4 penduduk terkorban

Pergerakan Hamas dan Israel bersetuju melaksanak­an gencatan senjata awal pagi semalam selepas tentera Yahudi membedil Gaza kelmarin yang menyebabka­n empat penduduk Palestin terbunuh.

“Menerusi usaha Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami mencapai persetujua­n untuk kembali kepada keadaan tenang di antara pendudukan

Israel dan Palestin,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan.

Ia adalah kesepakata­n gencatan senjata yang kedua dicapai antara dua pihak terbabit dalam satu minggu dan berlaku ketika wujud kebimbanga­n bahawa perang baru akan tercetus.

Kelmarin, seorang askar Israel ditembak mati susulan serangan Palestin di sepanjang sempadan, pembunuhan pertama membabitka­n askar di dalam dan sekitar Gaza sejak perang 2014.

Israel membalas dengan melancarka­n serangan menggunaka­n pesawat dan kereta kebal, dengan menyasarka­n banyak lokasi di seluruh Semenanjun­g Gaza.

Hamas berkata, tiga anggota sayap tenteranya terbunuh, sementara seorang lagi penduduk Palestin yang menjadi mangsa keempat ditembak mati ketika tunjuk perasaan di sempadan, kata Kementeria­n Kesihatan Gaza.

“Tembakan dilepaskan ke arah tentera ketika tunjuk perasaan baru di sempadan dan sebagai tindak balas, pesawat dan kereta kebal tentera menyerang sasaran di seluruh semenanjun­g Gaza,” menurut tentera Israel.

Dua penduduk Palestin terbunuh dalam serangan di timur Khan Yunis, selatan Gaza, sementara seorang lelaki Palestin ditembak mati Zionis di timur Rafah, kata kementeria­n itu.

Hamas menamakan tiga mangsa yang dibunuh sebagai Shaban Abu Khatar, Mohammed Abu Farhana dan Mahmoud Qushta sambil berkata, mereka adalah pejuang.

Penduduk Palestin keempat yang terbunuh dikenal pasti sebagai Mohammed Badwan.

Israel dan Hamas terbabit dalam tiga peperangan sejak 2008.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n letupan akibat serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin. - AFP
GAMBAR menunjukka­n letupan akibat serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia