Harian Metro

PENAMAT MENDEBARKA­N

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

 Gavin berjaya melepasi had kelayakan di Terbuka British dengan catatan dua atas par 73

Pemain golf negara, Gavin Green melalui penamat penuh gementar namun berjaya meneruskan kemaraan apabila dia melakukan dua atas par 73 untuk melepasi had kelayakan pada penampilan kejuaraan utama sulung di Terbuka British.

Gavin yang memulakan kempen dengan 72 pukulan, melakukan par pada sembilan lubang pertama dengan bogey pada lubang kedua dan birdie lubang berikutnya namun kembali mencipta bogey pada lubang ke-10.

Dia kembali dengan birdie pada lubang ke-14 tetapi dua lagi bogey pada empat lubang terakhir menyaksika­n dia berkongsi kedudukan ke-65 dengan tiga atas par 145 keseluruha­n di Carnoustie.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain kedua negara selepas Danny Chia pada 2010 melepasi had kelayakan pada kejuaraan golf utama tertua dunia itu.

“Saya amat gementar ketika beraksi. Beberapa lubang terakhir amat mencabar. Saya hanya cuba untuk terus meletakkan bola di fairway dan green. Saya melakukann­ya hingga lubang ke-18 dan cuba melakukan par dari jarak 15-20 kaki.

“Saya cuba mengetahui apa had kelayakann­ya. Syukur ia tiga atas par dan saya melakukan putt untuk bogey.

“Layak bagi kejuaraan utama pertama saya, jelas ia sesuatu yang amat menggembir­akan. Saya gembira berjaya melakukann­ya. Saya seperti tahu apa yang boleh dilakukan dan saya sedar tidak boleh terlalu memaksa. Sudah lama saya tidak berasa amat gementar tapi saya sukakan cabaran ini,” kata Gavin.

Gavin mengesahka­n tempat pada kejuaraan itu selepas memenangi Order of Merit Jelajah Asia tahun lalu dan dia bergelar pemain pertama Malaysia dan pemain kedua termuda mengikut jejak pemain 19 tahun Korea Selatan, Noh Seung Yul melakukann­ya dalam jelajah serantau itu.

“Jangkaan pertama saya adalah melepasi had kelayakan tapi kini saya akan cuba membuat catatan serendah mungkin sepanjang hujung minggu.

“Ia boleh dilakukan jika anda berada di fairway tapi jika tidak, ia akan menghukum anda, jadi penting untuk terus mengikut perancanga­n dan berharap akan dapat menyempurn­akan lebih banyak putt.”

 ??  ?? AKSI Gavin di Terbuka British.
AKSI Gavin di Terbuka British.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia