Harian Metro

Henry calon sesuai kemudi Aston Villa

-

London: Thierry Henry akan menjadi calon senarai pendek menggantik­an Steve Bruce selaku pengurus Aston Villa sekiranya pemilik baru kelab itu mahu melakukan perubahan.

Villa mengumumka­n bahawa jutawan Mesir, Nassef Sawiris, dengan kekayaan dilaporkan bernilai hampir £5 bilion (RM26.7 bilion) dan rakan perniagaan­nya, Wes Edens, pemilik bersama Milwaukee Bucks, akan menyuntik ‘pelaburan nyata’ kepada kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Pasangan itu dilaporkan membeli 55 peratus saham kelab itu daripada bekas pemiliknya, Tony Xia dan kini memiliki kuasa seterusnya menyukarka­n posisi Bruce.

Sportsmail difahamkan Sawiris dan Edens kini memikirkan untuk mengambil ‘orang mereka’ dan mengenal pasti legenda Arsenal, Henry sebagai calon berpotensi menggantik­an Bruce.

Sumber mendedahka­n, Bruce mungkin terus mengetuai kempen musim baru ini selepas hampir membawa kelab itu ke Liga Perdana dengan perbelanja­an terhad.

Tarikan terhadap bekas pemain Perancis itu memang jelas apabila beliau memainkan peranan penting bersama staf kejurulati­han Roberto Martinez ketika Belgium meraih kedudukan ketiga Piala Dunia dan berminat untuk mendapatka­n tugas utama pada langkah pertama bidang pengurusan.

Henry minggu ini mendedahka­n menerusi Twitter beliau mahu meletak jawatan selaku pengulas di Sky Sports untuk memberi fokus kepada usahanya menjadi bos kelab.

Sama ada tugas di Villa akan menjadi sesuatu yang menarik buat bekas pemain berusia 40 tahun itu hanya akan dapat ditentukan bergantung kepada tahap pelaburan boleh diberikan Edens dan Sawiris.

- Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia