Harian Metro

CUBA ‘HARIMAU IMPORT’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 FAM sedia kaji cadangan bawa masuk pemain luar lonjak prestasi skuad kebangsaan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sedia mengkaji cadangan untuk membawa masuk pemain luar bagi mewakili skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Perkembang­an itu dimaklumka­n presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengakui cadangan membawa masuk pemain luar dan diberikan kerakyatan negara ini dilihat menjadi alternatif terbaik untuk membantu memperbaik­i kedudukan pasukan kebangsaan seperti yang dilakukan oleh Filipina.

Bagaimanap­un, Hamidin menegaskan cadangan itu masih di peringkat awal dan banyak lagi ‘kerja’ yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan cadangan itu dapat direalisas­ikan.

“Perkara ini akan dibentangk­an dalam jawatankua­sa pasukan kebangsaan dan perlu diperhalus­i kerana ia memerlukan komitmen kerajaan dan juga komitmen dengan negara lain. Sebagai contoh, pemain yang sesuai untuk dibawa masuk adalah pemain dari Brazil dan juga benua Afrika.

“Di sini, kita perlu berbincang dengan banyak pihak termasuk kerajaan dan juga Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Selepas lama berada dalam bola sepak, saya melihat ini adalah satu cara untuk melonjakka­n kembali bola sepak negara seperti dilakukan Filipina.

“Ini adalah cetusan idea yang sememangny­a saya impikan. Apapun, ia perlu dibahaskan dalam mesyuarat jawatankua­sa dan sudah tentu perkara ini akan mengambil masa.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita akan laksanakan, tapi masih ada proses yang perlu difikirkan selepas ini,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Presiden FAM dan EXCO bersama penyokong bola sepak negara di ibu negara, semalam.

Sebelum ini, badan induk itu hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang memiliki hubungan susur galur di Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain berdarah campuran yang sudah mewakili skuad kebangsaan ialah Matthew Davies (Pahang), Natxo Insa (JDT), Brendan Gan (Perak) dan juga Khair Jones (Melaka United).

 ?? MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ?? HAMIDIN (tengah) pada sesi dialog Presiden FAM dan Exco FAM bersama penyokong di Sentul, semalam.
MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN HAMIDIN (tengah) pada sesi dialog Presiden FAM dan Exco FAM bersama penyokong di Sentul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia