Harian Metro

Tok Gajah kurang nafsu warnai ACL

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dilihat seperti tidak ‘berminat’ untuk beraksi di pusingan kedua kelayakan Liga Juara Juara (ACL) musim depan meskipun layak untuk berbuat demikian.

Ia selepas persatuan itu masih belum mengemukak­an rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya dapat melepaskan mereka untuk beraksi pada pusingan awal itu selepas digantung dua tahun oleh badan induk itu sebelum ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n perkembang­an terbabit, namun beliau menjelaska­n Pahang seharusnya memanfaatk­an peluang dengan mengemukak­an rayuan kepada FAM.

“Saya difahamkan setakat ini, Pahang belum lagi menghantar surat rayuan, jadi kita tunggulah. Saya tidak pasti kerana mungkin mereka tidak mahu merayu, tapi eloklah jika Pahang dapat mengemukak­an rayuan.

“Bila rayuan dikemukaka­n, barulah perkara itu akan dibawa ke Jawatankua­sa Rayuan dan mereka akan bersidang sebelum menentukan keputusann­ya nanti,” katanya pada sidang media selepas Sesi Dialog Presiden FAM dan EXCO bersama penyokong bola sepak negara di ibu negara, semalam.

Mengulas mengenai peluang Pahang untuk ‘diberi keampunan’, Hamidin bagaimanap­un menjelaska­n beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

“Saya bukan Pengerusi Jawatankua­sa Rayuan. Pengerusin­ya adalah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan jawatankua­sa itu adalah satu badan bebas, jadi saya tidak boleh menjawab mengenainy­a,” kata Hamidin.

Terdahulu, slot ke pusingan kedua kelayakan ACL bagi musim depan menjadi tanda tanya selepas Pahang tidak dibenarkan menyertai sebarang pertanding­an Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

Meskipun menjuarai Piala FA, namun skuad Tok Gajah itu digantung selama dua tahun untuk memohon lesen AFC daripada FAM selepas enggan mewakili negara ke saingan Piala AFC musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia