Harian Metro

PESTA JDT

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Longhi puas hati komitmen pemain di laman sendiri

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi jelas berpuas hati dengan komitmen kesebelasa­n utama pasukan itu yang membelasah Kelantan 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kelmarin.

Walaupun sudah mengesahka­n kejuaraan Liga Super buat musim kelima berturut-turut dan tidak perlu mengejar kemenangan, Longhi masih menetapkan sasaran tiga mata bagi memastikan ‘pesta’ sebaik tamat Johor Bahru: Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah yakin baki dua perlawanan Liga Super musim ini mampu menyelamat­kan pasukannya daripada tersingkir ke Liga Perdana tahun depan.

Menurutnya, walaupun secara matematik mereka berdepan kesukaran kerana perlu menunggu keputusan perlawanan membabitka­n Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor, apa yang penting adalah mereka mesti meraih enam mata terakhir.

“Kami akan terus berjuang perlawanan lebih bermakna sambil menjulang trofi Liga Super di depan penyokong Harimau Selatan.

Katanya, kejuaraan itu hasil kerjasama sepasukan dan mengikut falsafah kelab yang menerapkan semangat kekeluarga­an serta sentiasa fokus bagi memastikan apa jua yang dirancang mencapai matlamat.

“Itulah falsafah bola sepak JDT yang kami pegang dan pemain, barisan kejurulati­han serta pengurusan dapat melihat hasilnya. Malah, saya berpuas hati dengan komitmen setiap pemain ketika latihan dan pada perlawanan sebenar,” katanya ketika ditemui Sukan NSTP.

Pada aksi menentang Kelantan, anak didik Longhi terpaksa menanti babak kedua untuk merobek gawang skuad The Red Warriors (TRW) dan pengendali kelahiran Argentina itu mengakui sukar untuk menembusi benteng pasukan yang begitu berdisipli­n sepanjang babak pertama.

Beliau berkata, corak permainan skuad kendalian Yusri Che Lah secara berlapis dan padat menyukarka­n pemain tengah diterajui Fernando Elizari dan Natxo Insa melakukan umpanan.

Malah, beliau juga tidak menafikan pemainnya berdepan kesukaran walaupun beraksi di laman sendiri kerana pasukan lawan bekerja keras untuk menewaskan JDT.

Bagaimanap­un, ketenangan anak buahnya yang tidak mudah panik dan sentiasa fokus akhirnya berbaloi apabila mampu merobek pertahanan lawan.

“Kelantan pasukan yang liat untuk ditewaskan dan anda lihat sendiri mereka beraksi secara padat dan corak permainan berlapis antara posisi serangan, tengah dan pertahanan.

“Saya juga gembira dengan persembaha­n Safiq (Rahim) walaupun dimasukkan pada 20 minit sebelum tamat, dia menjadi penggerak untuk dua gol selain menyempurn­akan sepakan penalti,” katanya. jaringan, namun gagal diteruskan pada babak kedua.

Beliau berkata, ia bukan berpunca daripada tahap kecergasan sebaliknya kerana hilang fokus sesudah melepaskan gol pertama sebaik lima minit aksi babak kedua bersambung.

“Semua empat gol JDT hasil gerakan ‘bola mati’ dan ia tidak harus berlaku jika pemain fokus sepenuhnya pada perlawanan itu, malah saya akui aksi babak pertama adalah yang terbaik, tapi ia tidak dapat dikekalkan pada babak kedua.”

 ??  ?? SKUAD Harimau Selatan ungguli Liga Super buat kali kelima berturut-turut.
SKUAD Harimau Selatan ungguli Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia