Harian Metro

Lang Merah tak gentar Perak

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Terjejas tanpa beberapa tonggak utama yang masih cedera tidak melemahkan semangat juang Kedah untuk cuba mengatasi Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Ketua jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff berkata, pendekatan tidak mudah mengalah untuk memburu tangga kedua liga tetap diteruskan walaupun sukar dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang tidak dapat beraksi seperti perlawanan menentang Terengganu, Selasa lalu.

“Walaupun kami masih tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama seperti Liridon (Krasniqi), Paulo Rangel, Andik (Vermansyah), Akhyar (Rashid) dan Ariff (Farhan Isa) pada perlawanan menentang Perak kali ini, namun semua pemain bersatu hati dan tetap fokus serta bersemanga­t mahukan dua kemenangan bagi baki perlawanan Liga Super.

“Cabaran memburu kemenangan di Ipoh adalah besar kerana beraksi di tempat lawan, namun saya yakin pemain sedia memberikan komitmen, fokus serta bersemanga­t dalam misi memburu kemenangan.

“Kekosongan tempat yang diisi oleh beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden antaranya seperti Hidhir Idris dan Fadzrul Danel menampakka­n kesungguha­n mereka memikul tugas dengan penuh disiplin dan bersedia.”

Nidzam juga lega pertahanan import Alvaro Silva akan kembali diturunkan selepas selesai menjalani penggantun­gan perlawanan susulan menerima sejumlah kad kuning. “Alvaro akan kembali untuk memperkasa­kan benteng pertahanan Kedah dalam aksi kali ini selepas tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang Terengganu dan kami yakin dia semakin bersemanga­t.

“Kami sedar Perak mendapat suntikan motivasi berikutan kemenangan besar membelasah Kuala Lumpur 5-1 Rabu lalu dan inilah cabaran yang harus dilalui Kedah.”

Skuad Helang Merah kini berada di tangga kelima carta Liga Super dengan 31 mata. Awal tahun ini mereka tumpas 1-3 di tangan Perak di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia