Harian Metro

Minta hingga RM12,000 jamin kerja polis

-

Kota Kinabalu: Tindakan seorang penganggur menawarkan enam individu pekerjaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak wujud, mengundang padah apabila dia ditahan polis, Rabu lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada jam 2 petang di bandar raya ini.

Katanya, suspek mendakwa kononnya IPK Sabah menawarkan pekerjaan jawatan sebagai anggota polis berpangkat rendah dan meminta bayaran daripada mangsa untuk mendapatka­n pekerjaan berkenaan.

“Kegiatan suspek terbongkar apabila ada antara mangsa menghubung­i pejabat jawatan di IPK dan bertanya untuk melaporkan diri.

“Bagaimanap­un, hasil semakan mendapati jawatan itu sebenarnya tidak wujud sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ramli berkata, siasatan mendapati seramai enam mangsa membabitka­n empat lelaki dan dua wanita menjadi mangsa penipuan suspek itu.

“Setiap mangsa dipercayai membayar wang sebanyak RM4,000 hingga ada yang sanggup membayar RM12,000 kepada suspek. Suspek kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ?? RAMLI Din
RAMLI Din

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia