Harian Metro

ASMC catat titik panas Sarawak meningkat

-

Jumlah titik panas di

Sarawak meningkat 10 kali ganda semalam, berbanding hanya satu titik panas direkodkan pada 16 Julai lalu.

Data dikumpul Pusat Pakar Meteorolog­i ASEAN (ASMC) menunjukka­n Taman Negara Maludam, Betong, mencatatka­n dua titik panas, manakala masing-masing satu di Lundu, Sebangan, Sebuyau, Serian, Sri Aman, Taman Negara Batang Ai, Kanowit dan Sarikei.

Lebih membimbang­kan, cerapan satelit kendalian Agensi Kebangsaan Lautan dan Atmosfera (NOAA) Amerika Syarikat kelmarin, menunjukka­n kawasan Kalimantan, Indonesia mempunyai 35 titik panas, berbanding hanya tiga titik panas pada 16 Julai lalu.

Ada kemungkina­n jumlah sebenar titik panas di negeri ini dan Kalimantan lebih tinggi sekiranya cerapan satelit dilindungi keadaan berawan atau laluan satelit mencerap sebahagian kawasan saja ketika melintasi kawasan terbabit.

Dapatan statistik itu pasti mengundang keresahan buat penduduk Sarawak dan Sabah berikutan ancaman jerebu.

Bagaimanap­un, Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS), semalam menunjukka­n bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri mencatatka­n bacaan IPU baik, manakala kawasan Mukah saja direkodkan pada tahap sederhana iaitu IPU 54, sehingga jam 3 petang semalam.

Bacaan IPU daripada 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia