Harian Metro

Tak setuju perolehan minyak

-

Kerajaan Sarawak mahu penjelasan lanjut mengenai keputusan Kerajaan Pusat berhubung pemberian 20 peratus hasil keuntungan minyak dan gas di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari

Abang Openg, buat kali kedua dalam maklum balasnya menyatakan, ada perbezaan ketara di antara royalti dan pemberian menerusi keuntungan.

“Ada beza di antara royalti dan keuntungan,” kata Abang Johari ringkas selepas ditemui menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Ke-51 di sini, semalam.

Beliau yang hadir merasmikan mesyuarat berkenaan, bergegas meninggalk­an majlis dan difahamkan mahu menghadiri satu majlis perkahwina­n. Khamis lalu, Abang Johari sudah memberikan maklum balas sama seperti dinyatakan­nya pada media semalam.

Abang Johari kelihatan kurang bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai pemberian 20 peratus keuntungan berbanding royalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia