Harian Metro

JIMAT MASA

SHO for IPT beri laluan ‘cerah’ bakal graduan

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperkena­lkan Program Pegawai Keselamata­n dan Kesihatan untuk Institusi Pengajian Tinggi (SHO for IPT), semalam.

Program itu membolehka­n pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memperoleh sijil profesiona­l kompetensi.

Menerusi inisiatif itu, pelajar TVET akan memperoleh Sijil Keselamata­n Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) ketika mereka melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sijil itu adalah nilai tambah kepada pengajian pelajar terbabit, sekali gus mampu menjimatka­n masa pelajar TVET kerana memberi peluang kepada mereka mendapatka­n sijil ketika belajar.

“Program SHO for IPT ini akan dikendalik­an 100 peratus oleh NIOSH di premis IPT awam atau swasta dan kolej bagi meminimumk­an kos serta mengekalka­n mutu kursus latihan.

“Inisiatif terbaru ini dapat bantu meningkatk­an jumlah pekerja yang mempunyai kemahiran aspek KKP, selain memberi faedah kepada majikan kerana pekerja muda mempunyai pengetahua­n dan sijil KKP.

“Mana-mana pihak IPT atau kolej yang berminat untuk melaksanak­an program ini termasuk di Sabah, boleh berhubung terus dengan NIOSH di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan awam) Dr Ismail Ali dan Pengurus Wilayah, NIOSH Wilayah Sabah dan Labuan, Wan Sarman Sakan.

 ??  ?? LEE (kanan) pada Majlis Perasmian Hari Program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Peringkat Negeri Sabah di ILKKM Kota Kinabalu, semalam.
LEE (kanan) pada Majlis Perasmian Hari Program Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Peringkat Negeri Sabah di ILKKM Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia