Harian Metro

CECILIA SERLAH EKSPRESI WAJAH

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Kerjaya sebagai jurugambar pada zaman ini tidak lagi dimonopoli oleh lelaki, sebaliknya semakin ramai wanita menceburka­n diri dalam bidang seni fotografi.

Malah, pasti ramai yang tidak menyangka foto menarik disiarkan di akhbar atau bahan penerbitan lain sebenarnya hasil kreativiti serta kesungguha­n golongan Hawa yang aktif dalam bidang fotografi.

Ikon Metro kali ini menampilka­n jurugambar wanita, Cecilia Cletus, yang semakin dikenali kerana kreativiti­nya menampilka­n kelainan terutama ketika merakam gambar potret.

Cecilia tidak sangka hasil seni yang dimuat naik ke akaun Facebook dan Instagram miliknya, menarik perhatian beberapa syarikat penerbitan majalah yang kemudian mendapatka­n khidmatnya.

“Sebelum ini saya aktif sebagai model dan secara tak langsung terdedah kepada dunia fotografi. Lama-kelamaan timbul minat untuk merakam gambar pula.

“Minat itu mendorong saya belajar dan menimba lebih banyak ilmu berkaitan seni fotografi. Saya bukan setakat belajar daripada jurugambar berpengala­man, bahkan menjadikan YouTube sebagai rujukan.

“Saya mula aktif sejak 2016, ketika itu saya rakam gambar apa saja asalkan menarik, tak kira ia berkaitan tugasan atau sekadar diabadikan sebagai kenangan,” katanya.

Gadis Kadazan ini berkata, merakam potret mempunyai cabaran tersendiri terutama mencari sudut untuk menyerlahk­an ekspresi wajah seseorang model.

Jurugambar bebas berasal dari Sandakan ini menambah, satu lagi cabaran perlu ditempuh adalah dia terpaksa mengatur postur badan dan emosi jika model dijadikan subjek itu masih baharu.

Bercerita lanjut mengenai kerjayanya, Cecilia berkata, setiap jurugambar perlu bekerja keras untuk mendapatka­n identiti mereka sendiri.

“Kadangkala, kita tidak boleh terlalu merujuk pada hasil seni orang lain kerana itu hanya akan menjadikan kita ketinggala­n. Sebaliknya, kena fikir dan guna kreativiti sendiri untuk dapatkan hasil terbaik.

“Bidang fotografi berkembang dengan pantas. Sekarang sudah banyak kamera canggih ditawarkan di pasaran, maka jumlah jurugambar juga bertambah. Namun, apa saya perhatikan mereka menawarkan perkhidmat­an bersandark­an pengetahua­n asas semata-mata.

“Bagi sesetengah pihak, kerjaya sebagai jurugambar dianggap mudah. Asalkan gambar nampak cantik pasti ramai akan memberikan pujian,” katanya.

Menurutnya, jika mahu menjadi seorang jurugambar yang bagus seseorang itu perlu kreatif dan teliti selain memiliki kemahiran teknikal berkaitan.

“Maka, jurugambar perlu meneroka dan mengumpul pengalaman sebanyak mungkin. Bagi yang benarbenar mementingk­an kualiti dan hasil seni terbaik, bidang ini boleh diumpamaka­n sebagai medan perang,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berazam untuk muncul jurugambar wanita profesiona­l antarabang­sa, selain merancang membuka studio sendiri satu hari nanti.

 ??  ?? PROFIL
CECILIA CLETUS
USIA: 25 tahun
ASAL: Sandakan
LAHIR: 14 Mei 1993 TINGGI: 158 sentimeter BERAT: 50 kilogram KETURUNAN: Kadazan AGAMA: Kristian KELULUSAN: Sijil Sains (Kolej Matrikulas­i Labuan); Ijazah Doktor Perubatan (UMS)
PEKERJAAN:...
PROFIL CECILIA CLETUS USIA: 25 tahun ASAL: Sandakan LAHIR: 14 Mei 1993 TINGGI: 158 sentimeter BERAT: 50 kilogram KETURUNAN: Kadazan AGAMA: Kristian KELULUSAN: Sijil Sains (Kolej Matrikulas­i Labuan); Ijazah Doktor Perubatan (UMS) PEKERJAAN:...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia