Harian Metro

Tak kekok bertugas bantu masyarakat

-

dalam bidang yang membuka peluang untuknya membantu orang ramai menjadi kepuasan buat

Ikon Metro minggu ini, Siti Zaharah Mohamad Mohmood, 25.

Selaku Pegawai tadbir di Pejabat Daerah Selangau,

Siti Zaharah tidak kekok memantapka­n penguasaan bahasa Iban untuk memudahkan urusan harian yang banyak bertemu dengan penduduk daripada komuniti itu di kawasan tersebut.

Jelasnya, beliau menanam minat sejak kecil untuk mencari kerjaya yang memberi bantuan kepada masyarakat setelah membesar dalam keluarga sederhana.

“Ketika kecil, kami tidak tahu apa bantuan kewangan atau kebajikan yang boleh dipohon. Justeru, saya tekad bekerja dalam bidang ini kerana mahu membantu seramai mungkin anggota masyarakat yang layak untuk mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan,” kata gadis berasal dari Sibujaya, Sibu ini.

Anak sulung daripada tiga beradik memaklumka­n, antara pengalaman getir ditempuhi sepanjang perkhidmat­annya adalah ketika menghadapi banjir di Selangau, Februari lalu, bencana terburuk pernah melanda daerah berkenaan.

“Ketika banjir mula berlaku, saya masih menjalani latihan di Kuching. Ketika itulah, saya mula menerima pelbagai laporan menerusi WhatsApp dan akhirnya membuat keputusan untuk pulang segera ke Selangau bagi membantu menguruska­n mangsa banjir.

“Tekanan kerja ketika itu sangat tinggi kerana perlu sentiasa peka terhadap permohonan bantuan mangsa banjir. Ada antara mereka yang meminta dihantarka­n makanan, ada yang minta untuk diselamatk­an dan dihantar ke pusat pemindahan banjir,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menyatakan pihaknya bekerja sebagai satu pasukan untuk menguruska­n pergerakan aset dan anggota ke lokasi terjejas, sekali gus memastikan kelancaran operasi.

“Terlalu banyak perkara berlaku, semuanya perlu dibuat dengan cepat, lebihlebih lagi ada lokasi terjejas terletak di pedalaman yang jauh dari pusat operasi yang memerlukan kebijaksan­aan kita merangka strategi pengurusan.

“Antara pengalaman menakutkan apabila terpaksa menghantar anggota penyelamat ke lokasi pedalaman pada waktu petang. Mereka tidak balik dan gagal dihubungi sehingga malam. Mujurlah semuanya selamat dan tidak ada perkara buruk berlaku sepanjang bencana itu,” katanya yang hanya tidur dua jam di pejabat ketika bencana itu.

Dalam kesibukan kerja hariannya, Siti Zaharah tidak meninggalk­an tabiatnya suka membaca yang baginya adalah kunci seandainya mahu menjadi ketua yang baik.

“Saya akan membeli dan membaca sekurangku­rangnya sebuah buku setiap bulan, baik buku biografi, motivasi atau pengetahua­n am,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia